Sunday, April 11, 2010

Memancing SEPIT BIRU..!!!

Tangkapan aku terbesar dan terberat setakat ini...KING udang Galah.

Seperti yang di janji kan aku akan memuatkan beberapa port memancing ikan dan udang dalam blog ini untuk panduan pada kaki-kaki pancing macam aku.
Ini lah kolam nyer

Kolam yang aku maksud kan Kolam memancing Udang Galah Kolam Kedai. Sebab biasa nyer kolam udang galah ni di tempat open atau kolam tanah, tapi yang aku jumpa di dalam kedai. So sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah pada masa lapang sambil mencuba nasib memancing udang galah.
kolam dalam kedai besar..dan bersih.

Kolam terletak di kawasan commercial Prima saujana kajang.Block kedai berhadapan pasaraya GIANT. senang jer nak cari..satu jer kolam kat situ. dan kolam ini di usahakan oleh usahawan MELAYU. So apalagi support lah bangsa kita berniaga. Kadar bayaran berpatutan. Rm 12 untk 1 jam 24 utk 2 jam dan jam berikut nyer tambah RM 10 setiap 1 jam. Promosi. Kira murah lah tuu..biasa nyer RM 15 1 jam. Ada juga untuk package keluarga dan Ladies Nite...mcm nite club daa....hehehe menarik kan.
ASTRO, minuman dan makanan juga ada di sediakan

Ermmm mesti korang tanya macam mana prestasi kolam ni kan ...udang banyak ker? besar ker? makan umpan ker? Kalau dah nama memancing, biasa lah kadang-kadang banyak...tapi memancing udang galah ni kena ada skill...tak serupa macam pancing udang harimau. Cara makan nyer lain. Sebab udang ni ada sepit. kalau nak tahu leh dtg terus tanya dengan owner....dia sudi mengajar.
Harga Promosi

Tapi jangan salah kan aku pulak bila tak dapat. kadang-kadang bila aku pi memancing ada kastemer yg tak sabar..merungut tak dapat hasil. dah cara nyer tak betul. memang lah tak dapat dan ini memancing bro...Bukan beli kat GIANT terus dapat..kan faham-faham jer lah.
Boleh beli Udang segar pada yg tak nak pancing

Jangan salah sangka..aku tak dapat commission pun jika korang pi kolam ni, aku sekadar membantu sesama bangsa mempromote business. bukan nak kondem...kan kan kan..
terpulang pada korang kat luar tuu menilai..
Joran dan umpan di sediakan. Free!!!

so selamat mencuba...dan jumpa aku nanti tgh memancing tegur-tegur lah...opss lupa biasa nyer kolam buka dari petang sampai pagi jika ada pelanggan. hari cuti buka dari tengahari sampai pagi.
hehehe antara hasil tangkapan.

3 comments:

  1. salam sarjent...

    kina dtg singgah sini. wah kaki pancing udang yew? sama lah dgn suami sya. skrg nie saya tukang temankan dia lah kalau saya ada kelapangan. best jugak...!

    ReplyDelete
  2. Tadi saya pergi tak jumpa pun.
    Shuda tutup kedai pancing udang nie.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih atas informasinya dan jangan lupa kunjungi kami di https://goo.gl/RxfVnu

    ReplyDelete