Sekarang dah bulan 4... tak lama lagi kita akan menyambut bulan mulia Ramadhan. Bulan yang penuh makna, penuh dengan kebaikkan, menguji kita dari semua aspek. Bulan ini juga banyak menguji dan memberi rahmat pada aku sebagai peniaga jalanan. Murah rezeki maa ni, jika ikhlas berniaga lagi murah..... Aku ada masa 4 bulan lagi untuk merancang apa yg perlu di buat. Tahun lepas aku meniaga malam sampai ke subuh sahaja, tapi tahun ni aku merancang nak berniaga dari pasar juadah ramadhan sampai lah ke downtown dinihari. Bukan nyer tamak..tapi aku mencari rezeki dengan berniaga, terpaksa cari peluang yang ada, terawih juga aku nak cuba habis kan semua nyer. bukan macamyg makan gaji... dapat gaji tetap tiap-tiap bulan...aku tak tentu..kadang-kadang sikit..kadang-kadang banyak... syukur pada nya, mcm mlm ni lepas siap kemas brg di Dtown...hujan pun datang dgn ribut. habis barang basah dan ada yg rosak..tapi tuu semua dugaan, silap aku jugak..tak bawak kanvas lebih untuk tutup. itu lah cobaan dan perjalanan peniaga macam aku.
Aku dah list kan barang-barang...untuk projek ramadhan aku. macam mana konsep nak buat, harga, promosi... dan barang yg MELATOP!!! mesti korang heran kan. peniaga standard tepi jalan macam aku pun nak buat macam ni...hehehe.. itulah kesilapan nyer..biar kita berfikir dan buat sesuatu dgn ada rancangan. Supaya hasil nyer lumayan dan pemikiran kita sentiasa di depan dari org lain.
Bukan apa, masa tiba ramadhan jer aku tgk tmpat Dtown aku meniaga penuh dgn peniaga cendawan (berniaga masa ramadhan jerrr...) tak salah.. suka tgk ramai peniaga.. jadi lagi meriah suasana. Tapi aku dah dok perhatikan... tiap-tiap tahun barang yang sama jadi pilihan. Tudung, selendang, jeans memang lah ni barang bermusim. Tapi aku tgk sbb ramai sgt jual barang yg sama... hasil nyer tak seberapa, dan peniaga terpaksa main harga barang. Kalau yg dtg dgn stock banyak ok lah... kalau yg part timer...habis bungkus takleh beat harga depa. Buat lah sesuatu yang lain sikit.. ada konsep dan menarik..ni dtg dgn bukak satu meja jer..barang kuantiti leh kira dgn jari.. mana ada mood customer nak membeli.
Nak raya kita mesti peka dgn mood customer... banyak kan pilihan barang, hias sikit kedai. pasang lagu-lagu raya... baru lah ngam.....kan. So aku pun dah dapat idea apa konsep aku..dan apa barang yg aku nak pump lebih..hehehe tak leh bagitahu..penat pala hutak aku memikir... korang pikir sendiri ler.. apa nak buat, ini lah di katakan marketing strategy. Itu jer aku leh kongsi dgn korang.... doa kan aku berjaya dan aku juga doa kan apa-apa juga usaha korang tu . OK waa chow dulu.....
Nikmati lah rahmat ramadhan....mencari rezeki halal dan bersedekah serta beramal.....
gambar ehsan dari google