Wednesday, March 16, 2011

Memancing kolam Ikan air Tawar

Lama aku tak buat entry untuk blog ni, bukan nyer tak aktif...tapi aku aktif di blog business aku. Sekarang cari duit susah, habis duit senang, kena lah kerja keras sikit. Lagi pun bukan ramai pun baca blog ni...saja aku suka-suka untuk menulis, buat panduan pada yg memerlukan.

Hobby.......ermm..dalam erti kata buat apa yg kita minat dan suka, salah 1 hobby aku memancing. Boleh di katakan hobby ni purata nyer merugikan dari segi duit dan juga masa. Apa tak nyer masa pergi memancing habis berjam-jam, kadang kala berhari-hari. Modal yg di belanjakan juga agak tinggi untuk membeli peralatan dan umpan. tapi apa nak kata dah hobi kan. Dulu aku gila memancing kolam air masin dan kolam udang...Kolam udang tu ok lah, balik pun banyak hasil nyer, tapi bila pi memancing kolam air masin atau kolam siakap, selalu nyer aku balik tangan kosong. Nak kata kata umpan tak kena semua pakai udang hidup..nak kata tokey kolam menipu, orang lain dapat pulak... last2 aku beralih pada kolam air tawar, Mula-mula tu memang kekok! terutama nyer bila nak bancuh dedak umpan. Ceh ingat senang...susah rupa nyer, ikan kolam air tawar ni lagi cerewet! macam-macam resepi ada. Kali pertama hingga lah ke 5 kali..aku hampir kecewa..balik tangan kosong. Tapi setiap kali pi memancing dapat tips dari otai-otai penunggu kolam..hehehehe sebab muka depa ni hari2 ada kat kolam.Lama2 skill aku menjadi..umpan yg di bancuh dapat memikat hati si ikan...bergoyang-goyang rod aku tiap kali di tarik ikan..ada pernah rod aku slurppp...... masouk kolam di tarik..sebab lupa released lock mesin. Nasib baik dapat cari balik..patah rod pernah juga. Makin seronok lah memancing air tawar ni, selalu balik ada hasil, average 5-10 ekor. Sekarang dah jadi aktivi tetap aku seminggu sekali sekurang-kurang nyer. Ikan aku tak makan..tapi aku jual pada sesiapa yg nak. Ala jual murah asal cover duit belanja aku pi memancing sudah lar. Ikan fav aku ikan ROHU dari spesis ikan kap atau india kap. Sebab ikan ni berat dan cara dia menarik rod sama macam ikan siakap...mantap. Kadang-kadang sorang-sorang pun aku jadi pi...nak layan jiwa.

kali ni boleh lah aku kongsi sikit resepi umpan aku, mintak2 menjadi pada pemancing lain pula. kalau tak jadi cuba lah yg lain yea. Selamat memancing !!!!!!

Resepi umpan dedak untuk Ikan ROHU. (air tawar)

1- 1 kilo dedak nescafe (berwarna hitam dan kasar)
2- 2 peket kerisik kelapa yg berminyak
3- 1 peket pewangi Power (cari kat kedai ikan ada)
Gaul kan semua nyer dengan air, jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik, buat sampi dedak tu boleh berderai bila masuk air. supaya dedak boleh merebak sekitar kawasan umpan di baling untuk memikat ikan.
4- boleh guna mata kail Boom saiz 7-8 dan pakai pelet merah sekali untuk ikan makan.
5- Umpan akan berbau wangi dan macam bau rendang kelapa.

Boleh lah cuba yea...
Total catch 8 ekor rohu, lumayan...




Dedak dan palet merah dan rod lama jadi taruhan...

Suasana kolam yang relax...

Masa ni dapat 3 Ekor

 

Tangkap terbesar dan terberat untuk kolam ni 4 kilo.

Puas hati....

3 comments:

  1. salam ziarah,,,
    lama tak melawat blog rakan2,,,
    agak kesibukan sikit,,,

    ReplyDelete