Tuesday, January 27, 2009

Balada Perniaga Jalanan (bab4) jadi kawin ker?



naja: HAAAAA....(hampir tersembur air yg dia minum) kau biar betul monoi..jangan main-main tentang kawin ni..aku....aku.....sebenar nya aku nak pergi London next week"


perubahan arus ekonomi yang tiba-tiba di landa badai memberi impak maksima pada industri perdagangan sederhana dan kecil. Antara yg terkena ada perusahan kereta, aku mula terasa impak nyer..sales aku turun mendadak..kadar kelulusan dari pihak bank juga bertambah susah, banyak kes yang reject, aku perlu memikirkan sesuatu.

satu malam sedang aku syok dok melayan PS2 aku...tiba-tiba satu sms masuk pada hp aku..aku tengok no aku tak kenal...lalu aku baca kandungannya...
" hai monoi" (nama panggilan aku masa sekolah dulu) apa khbar? kenal aku lagi tak? "
lantas aku balas sms
" tak kenal? sapa ni ? girlz ker boys? .
minat aku mula beralaih pada sms tadi dari ps2 aku...
" naja lah...member sekolah dulu"

aku mula terkenang zaman perkolahan aku..laaa minah ni...member baik aku dan makwer member baik aku..tapi setahu aku..diorang dah putus..aku lah yg jadi posman masa sekolah dulu...tolong kirim kan salah "hampeh" ... lama aku tak jumpa minah ni lepas habis spm terus hilang..dengar cerita dia pergi belajar jauh.

balas sms aku " laaaa ko rupanya..mana pegi? ni apa mimpi sms aku ni? mana ko dapat no aku..? banyak soalan mula timbul dalam kepala aku..ko kat mana?

naja : aku kat lah area cheras..aku keje kl dah lama..tadi duk belek-belek no kat hp aku ni tiba-2 timbul lak no ko. ko buat apa tuu...

aku : tengah lepak-lepak, ehh malas lah aku nak balas sms lama-lama ni sakit jari aku..ko kat mana jom pi makan.

naja: ok...aku kat pandan...sampai call aku bagi direction..

lantas aku capai kunci kereta aku..terus menuju ke pandan...dalam perjalanan..ehh lawa jugak minah ni..single lagi ker dia? mana lah tahu maybe aku...(tiba-tiba persoalan jodoh timbul dalam otak aku) tapi aku pendam kan dulu...biar lah takdir jer menentukan. umur aku yg mula mencecah 27 ...ayah dan maka aku mula bising.."bila aku nak timang cucu ni " soalan ayah aku..
aduh.....

setelah sampai...memang tak di duga..dia masih lawa macam dulu lagi.." nak makan kat mana? " tah tak tahu jawab dia senyum..."ok lah ko naik jer aku bawak."

aku terus ke area ampang..masa makan tu..bermacam-macam cerita yang keluar..masa sekolah, kisah cinta monyet dulu...aduh gelak bagai nak gila malam tuu...tiba-tiba satu soalan keluar " ko dengan ida macam mana? bila nak kawin? aduh...terimbas semula kisah lama aku...lantas aku jawab dengan bergurau...kawin dah nikah jer belum...hahaahha...Merah muka dia aku tengok.
takder jodoh lah aku dengan dia..dia dah kawin.

terkejut dia mendengar..."HAAAAA" alah sayang nyer lama kau bercinta. abis tu sekrang ni solo lah? "

iskhh...taklah solo..ramai...hahahaha . aku cuba berseloroh...malas nak kenang kisah lama.

naja : " ehh sorry lah aku tengok kau mcm tak seronok jer aku tanya pasal ida. "

aku : tak seronok pun..heheh..citer pasal lain lah yea." ko macam mana?
aku mula mencungkil rahsia...

naja: aku happy go lucky jer hehehe . jawab dia tersenyum malu..

nak di pendek kan cerita. itu merupakan malam pertama kami berjumpa kembali dan bukan lah malam terakhir. setelah hampir 6 bulan aku bersama naja. Aku mula menanam cinta aku pada nya. tapi berbalas kah? aku memberanikan diri mennyatakan hasrat hati aku untuk memperisteri kan dia di satu makan malam.." kita nak pegi makan mana ni? jauh nyer ko nak kipnap aku ker? " soal naja mula risau bila aku mula bayar tol.

alahh ikut jer lah..ko ni risau pulak...jawab aku. setelah sampai dan selesai order. aku mulan kan susunan ayat aku. " naja...aku nak tanya sikit leh tak? ko umur berapa nak kawin ? (aduhh apa soalan lah yang aku bagi ni siel betul lah) aku mula gelabah..

naja : kawin? ko apasal tanya pasal kawin ni? ko dah nak kawin ker? nak bagi aku kad ker?

aku : errr errr...haa aku dah nak kawin lah naja..

naja : oooo...sapa makwer ko..tak pernah cerita pun? ko simpan kampung yea..

aku : ada...budak kl jugak...aku nak kawin dengan kau lah naja...ko setuju tak? (aku terus terang jer tak tahu dah nak susun ayat macamana. tangan aku dah mula berpeluh..kepala aku dah mula pening-pening...apa lah yg naja nak jawab ni..mula bermain di otak aku.

naja: HAAAAA....(hampir tersembur air yg dia minum) kau biar betul monoi..jangan main-main tentang kawin ni..aku....aku.....sebenar nya aku nak pergi London next week"

aku : haaa London? buat apa? ( apo kojer pulak budak ni nak pi jauh-jauh ni..alaaahai....habis lah aku, mana nak lepak muka ni)

naja: aku nak jumpa mak aku dan kakak aku kat sana maybe 2 minggu jer( oooo...tak lama..ingat kat 2 tahun ker)

aku: ooo ok..takper lah..aku aku...aku..

naja: rileks laa..(rileks..dia kata ? hotak dia aku dah basah berpeluh ni)
naja: kau serius ker monoi? bukan main-main. ?

aku: betul-betul ni naja ...bukan main-main..bukan cobaan ..( aku mula buat joke untuk rileks kan diri aku)

naja : ok lah..biar aku fikirkan yea...kita kawan dah lama..dari sekolah. tak adil jika aku tak fikirkan dulu..aku pun seronok kawan dengan kau. tapi kawin ni aku kena fikirkan dulu. bila aku balik dari London nanti aku bagitahu yea.

aku: yerlah..aku pun tak nak paksa kau..kita kawan dah lama...cuma aku mula sukakan aku. dan aku nak jaga kau..sampai bila-bila " jawab aku lurus....
aku akan tunggu kau balik nanti....

setelah 3 minggu...

Pagi ahad tuu..aku menunggu di airport kepulangan naja dari London....hati aku berdebar-debar.
2 minggu aku tak jumpa dan call dia. apakah jawapan yg akan keluar.


Monday, January 26, 2009

Balada Perniaga Jalanan (bab3) salesman.


"3 bulan aku memerhatikan salesman-salesman kat situ buat keje..banyak komisyen diorang. kadang-kadang sebulan sampai 3-4 ribu. aku mula menanam minat menjadi salesman"

hehehe tu sikit kisah hidup aku di awal masa habis persekolahan aku...yang lepas dah lepas..semua aku terima dengan redha. tapi pengalaman masa tuu iskhh betul lah orang kata ada orang putus cinta tertonggeng-tongeng..aku dah alami. selepas tu aku tak jumpa lagi ida..cuma merisik khabar dari jauh jer..tuu pun untuk setahun lepas tu aku dengar dia dah pindah. setelah 2 tahun aku tumpukan masa pada kerja, aku mula kan social life aku semula. oleh kerna opis aku terletak di jalan sultan ismail berdekatan dengan jln P.Ramlee, korang tahu lah area tu area apa...nite club, nite club, nite club...keluar jer opis..pilih jer..mana nak masuk.

aku mula berjinak dengan nite club, kemudian arak dan perempuan. tapi minum cuma untuk style jer. segelas pun tak habis...tu pun sekejap jer.lepas tu aku jelak. perempuan jgn citer lar..tukar-tukar jer. tapi yg satu prinsip aku pegang dan aku tak berani untuk ke bilik tidur. Banyak kali aku mengelak walaupun dah di offer. akhir nyer kecundang jugak...buaya mana tak tolak bangkai kan...tapi takyah lah aku citer panjang lebar....Tapi last-2 aku boring dengan hidup aku.

tentang kerja pula...company yg aku keje kena beli..aku kena VSS tahun 2000. dapat duit banyak..lepas tu takder keje. sebulan jugak aku mudar-mandir. last-last dapat offer keje di showroom jual kereta import. Kerja sebagai kerani dan runner. 3 bulan aku memerhatikan salesman-salesman kat situ buat keje..banyak komisyen diorang. kadang-kadang sebulan sampai 3-4 ribu. aku mula menanam minat menjadi salesman, aku mula belajar macam mana nak buat kira-kira, model kereta, cara layan pelanggan dan semua yang berkaitan.setelah aku yakin aku tanya kat boss aku " boss saya nak buat sales boleh tak? " boss aku merenung muka aku yg bersinar penuh minat. lama jugak...last-last ini yang dia jawab. " boleh! tapi dalam masa 3 bulan u kena jual 3 biji kereta setiap bulan boleh? kalau tak dapat u kena berhenti. sebab keje u nanti dah orang lain ambik pulak. " aku terkedu...erkkk....erkk...ok boss deal!!! aku nekad.


"tiba-tiba masuk seorang customer, dari pakaian memang aku tengok bukan strong prospek..dengan seluar pendek, t shirt pun yg free punya, wife dia pun sempoi..tapi takpa aku layan jer.Asslamulaikum encik dan puan, berminat cari kereta baru? aku memulakan berbualan"


awal minggu bulan pertama aku mula bertugas di showroom. showroom ada jadual, dalam seminggu ada 3 kali saja bertugas di showroom hari lain kena keluar cari prospek. sebelum tu aku dah ada list prospek customer, semua dari saudara-mara dan kawan-kawan. agak kekok juga nak explain pada customer tentang kereta yang aku sendiri tak pakai kereta. pada 1 hari aku bukak showroom awal, hari sabtu seingat aku, salesman lain semua tak datang lagi. tiba-tiba masuk seorang customer, dari pakaian memang aku tengok bukan strong prospek..dengan seluar pendek, t shirt pun yg free punya, wife dia pun sempoi..tapi takpa aku layan jer.Asslamulaikum encik dan puan, berminat cari kereta baru? aku memulakan berbualan.
"ermm...tengok-tengok dulu. " jawab dia ringkas. mata nya tertumpu pada sebuah kereta family. aku terus ambik flyers.

" Ok encik..nama saya sharol, kalau encik minat tengok kereta ni saya akan terangkan. aku pun mula bercerita dari A sampai Z. masuk kereta, keluar kereta, tengok enjin, bonet, fuel ekonomi, last aku tanya encik minat nak test drive. ? "boleh ker? tnya dia. "boleh kalau dekat-dekat sini jer.." sambil aku tengok boss yg bagi isyarat boleh. rupa-2 nyer boss aku dah datang dari tadi aku tak perasan, dok memerhati aku dari belakang. setelah selesai test drive, balik ker showroom, aku terangkan kan pula pasal pinjaman, downpayment dan bayaran bulanan. dia dengar dengan penuh minat. setelah selesai semua aku tanya lagi dengan penuh harapan, "macam mana encik, berminat ker? " dia jawab. " takpa saya balik dulu nanti saya fikirkan dulu dengan isteri saya. ok" kamu jangan risau." . ermm..rasa kecewa jugak tapi aku gagahkan juga.."



tiba-tiba handphone aku berdering. " assalamulaikum, en sharol ada? ni saya yang datang pagi tadi,

ok encik, takpa fikirlah dulu nanti call saya sambil aku menghulurkan kad aku..setelah tu..aku dok fikir..jadi ke tak...pening jugak..gaji dari RM 1000.00 masa jadi kerani dah turun RM 300.00 jer sebulan untuk salesman..cuma makan commision.kalau tak jual kereta mampus aku. aku tunggu sehingga petang, customer kuar masuk tengok model-model kereta. tiba-tiba handphone aku berdering. " assalamulaikum, en sharol ada? ni saya yang datang pagi tadi, nak datang petang ni nak bagi document dan duit downpayment. tapi boleh test drive lagi tak? saya bawak anak-anak pula..diorang nak naik.." haaaaa..alhamdulillah...boleh, boleh saya tunggu di showroom. jawab aku gembira. setelah selesai test drive, dia mula mengeluarkan wang..amboi banyak nyer berapa dia nak bagi ni? aku tertanya-tanya dalam hati. " saya nak letak downpatment RM 15k boleh? boleh..boleh ...saya kira kan sekarang.



Pertama kali dalam hidup aku merasa gaji 4-5k sebulan
itu lah kisah 1st customer aku. tak sangka-sangka. setelah seminggu kereta pun siap dan hantar pada customer. sejak tu aku mula meletak kan target aku mesti jual kereta sekurang-kurang nyer 3-4 buah sebulan. alhamdullilah..aku dapat maintain, kadang-kadang sampai 5-6 biji sebulan. boss aku senyum jer..Pertama kali dalam hidup aku merasa gaji 4-5k sebulan. aku bekerja di sana selama 3 tahun. aku dapat beli sebuah kereta 2nd hand, simpan duit sikit. tiap-tiap bulan aku jamu keluarga mak ayah aku adik-adik aku makan di tempat yang mewah.
aku mula di kenali...ramai customer aku. ada yang dari suami, isteri, anak, menantu dan sedara-mara semua sekeluarga jadi customer aku. aku tanam kan cara mesra pelanggan..apa yang aku buat after sales service..macam hantar service kereta, insurance kadang-kadang yg tak berkaitan dengan kereta pun aku tolong. Tapi nasib kita ni turun naik...setelah 3 tahun..ekonomi negara mula nampak kelembapan setelah pucuk pimpinan negara bertukar..faham maksud aku kan...kita sambung lagi..

sila beri komen anda..

Sunday, January 25, 2009

Bab 2 balada perniaga jalanan (BPJ) (ida)

.sambil aku menahan sebak di dada.
sebelum tu ida mengabdikan lagu Ziana Zain (tiada Jodoh antara kita) ..adussssh....gila lah senikata dia memang betulbetul kena tang hidung aku.

perkenalan aku dengan ida secara tidak sengaja, kebetulan kami satu sekolah dan satu tempat kerja. aku sebagai penyelia bertangungjawab memberi tunjuk ajar kepadanya..
percintaan yg berlanjutan selama 5 tahun setelah aku berhijrah kerja ker kuala lumpur sebagai kerani am di sebuah syarikat insurans. tetapi jodoh kami tiada..atas desakan keluarga dan keadaan aku yg belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga...terputus lah satu ikatan.
lama jugak aku jadi gila, bodoh, miong, apa jer lah...mana tak nyer 5 tahun kehulu-kelihir bersama-sama, gi kerja sama, balik kerja sama...membonceng moto yamaha ss aku..ada saja aktiviti kami...tgk wayang, gi makan, tiba-tiba semua tu takda..kerana ida berkahwin atas pilihan keluarga..

hati aku benar-benar hancus...mcm lampu kalimantang jatuh bersepai...aku sempat bertemu ida sehari sebelum pernikahanya..kata-kata terakhir yg aku masih ingat "maafkan ida bang..bukan niat ida atas semua ni, maafkan ida "sambil air mata nya jatuh mencurah-curah..
aku pasrah...takpa ida abg ok..anggap lah takdir..sambil aku menahan sebak di dada.
sebelum tu ida mengabdikan lagu Ziana Zain (tiada Jodoh antara kita) ..adussssh....gila lah senikata dia memang betulbetul kena tang hidung aku. langkah aku longlai..balik rumah aku tak tahan lagi....HUWAAAAAAAAAAAAA.......habis banjir bilik aku....hampir 2 tahun aku terkenang kan ida..mana tak nyer dah diia duduk sebelah kawasan taman perumahan aku..hampir hari-hari aku ternampak dia dgn husband dia....huwaaaaaaaaaa.........gila lah .

setelah 2 tahun aku mula menyesuaikan diri....di sini lah bermula episod kelam dalam hidup ku...


sila lah komen