Saturday, April 17, 2010

Kereta kancil ku Rosak!!! nasib baik......ada....

Kejadian terjadi semasa aku pulang dari meniaga di cyberjaya...tiba-tiba temp keta naik mendadak...nasib baik aku perasan...cepat-cepat ke tepi jalan. Aku duk periksa apa kerosakkan..bukan nyer pandai tapi tahu lah sikit basic nyer problem. Rupa-rupa nyer kipas compressor tak berfungsi. Aku rileks kejap..hisap sebatang rokok..fikir camner nak buat ni..nak repair pun aku takder spare part sekarang, aku call agent insuran keta aku en munir. " Bro..insuran keta aku ada cover towing Free tak? keta sangkut tepi jalan ler.." " Ada..call jer customer service..tapi nak tgk millage dulu..free ker kena bayar.." Ok..! aku call customer service...Yer encik..yup keta encik cover untuk towing free..dalam 15 min tow truck akan sampai. Ok bagus......

Keta aku di towing sampai ker rumah dalam jam 6.00 pm. Nasib baik sempat aku nak berniaga malam pulak, kena pakai keta lagi satu lah. Aku cuma bayar duit toll jer...tapi aku sedekah bagi RM10 kat budak tuu...sbb dia baik..dan sopan.
Ada antara kita yang tak perasan kemudahan towing Free dari insuran. Kalau pakai towing lain kena dalam RM 80 keatas..so save duit sikit untuk repair keta. Tapi towing service ni cover untuk RM 100 jer kalau lebih kita kena tambah. Ok lah tu kan. So jgn panik bila keta anda rosak..atau eksiden. Ni ada tips sikit aku nak kongsi..

nak beli insuran keta tanya dulu apa perkhidmatan yg sediakan.
ni no ejen insuran aku...en munir ( 019 - 3700358)


bila kereta rosak, eksiden di tepi jalan apa yg perlu di buat.!!!

1- parking kereta anda di bahu jalan.
2- suruh semua penumpang termasuk anda keluar dari kereta dan tunggu di bahu jalan. (belakang divider)
3- pasang lampu hazard.
4- telefon pihak insuran dan dapat kan khidmat towing.
5- Pasti kan hanya tow truck dari pihak insuran anda yg tow kereta anda (dapatkan no plate dari insuran)
6- Pedulikan tow truck yg tak berkenaan. (ULAT)

7- pasti kan workshop anda hantar KERETA di luluskan dari pihak insuran.
8- buat report polis (eksiden) dalam masa 24 jam.
9- kalau ada kecerdaan caal Ambulance

Thursday, April 15, 2010

Beli Kereta, Jual Kereta...untung atau tidak...???



Beli kereta Baru..memang seronok....macam dalam lagu " ku pandu kekiri ku pandu kekanan.. kemana sahaja.." dan itu tanda ada peningkatan dalam kewangan kita. Tapi beli kereta juga boleh membuat kan kita senak otak dan perut. Pengalaman aku menjadi salesman kereta selama 3 tahun banyak mengajar aku..dan aku nak kongsi dengan pembaca.


Banyak sebenar tips-tips nak beli kereta baru atau pun 2nd hand, kira baru lah tu sebab kita baru beli..MASA aku jadi selasman bermacam-macam ragam yg aku jumpa. nak gelak ada, kesian pun ada. Tapi aku nak kongsi satu cerita... customer aku dulu. Masa dia datang nak beli kereta dengan aku.. dia ada kereta lama yg nak trade-in. Aku tengok keta dalam keadaan standart. Cantik dan kemas. Tapi kereta dia agak kurang popular. Populariti sesebuah jenis atau jenama kereta memain kan peranan penting. Aku call dealer used car ku...nyatakan kereta yg mahu di trade-in. "aiyakk.. aboy ini keleta susah mau juai lah aboy.... tarak famous. " Alaaa boss u datang dulu lah tgk.. kereta cantik saya check excident free..kaler original.. semua cantik lagi." ok lah boy saya datang tapi tak janji mahu angkat arr"
Aku termenung tgk customer yg tengah sibuk membelek model kereta yg hendak di beli nyer. ermm payah nak closed ni...bisik hati aku. " Encik kereta lama ada hutang bank lagi tak? saya nak tahu sebab nak buat calculation. " ader 1 tahun lagi lah boy..... Uiks kereta dia baru 5 tahun. ermm berduit dia ni..aku check dgn bank memang betul dan baki nyer tak banyak. Aku kira..kalau dia trade -in leh dapat extra duit lagi. ishh...terre dia ni. Aku pun korek cerita lagi. customer ni kat dia dah 4 kali tkar kereta...semua pakai 5 tahun jer maximum. Masa beli kereta yg pertama dia kumpul down payment banyak...dekat RM 15k. Oooo sebab tu baki hutang dia tak banyak...loan pun ambik 5 tahun jer. Ooo now aku faham dia pakai kereta tapi tak nak maintain... biasa lah lepas 5 tahun biasa nyer kereta akan meragam macam-macam. So dia jual semasa kereta tu dalam keadaan baik. dan harga trade-in kereta lama juga tinggi sebab keadaan dan faktor umur kereta. pandai dia ni. di pendek kan cerita segala urusan lancar....kereta lama jual kereta baru loan masuk pagi petang dah lulus....antara kes aku yg paling best.
anatara jenama kereta terbaru dalam pasasan negara

kalau korang faham maksud aku...kita beli kereta mesti ikut kemampuan bayar dan kegunaan kita. memang lah ada yg tak mampu. Tapi beli kereta sampai 9-10 tahun loan. jangka hayat kereta pun tu..tak sampai pun lama tu..(keadaan baik) bayang kan korang nak bayar loan keta nak maintain barang rosak lagi....Now aku dengar kerajaan pun dah nak mansuhkan loan 9-10 tahun ni sebab tak sesuai. Yg rugi sebenar nyer pembeli...9 tahun tanggung hutang dan interest. Nak jual tak boleh sebab hutang banyak lagi....dan kalau boleh jangalah amal kan Zero downpayment. letih oo esok nak bayar...


Nak jual kereta lama (trade-in) jga kena hati-hati, pasti kan panel used car, berapa harga kereta, follow-up setiap bulan sama ada used tu bayar tak baki hutang. Sesetengah used car tak settle terus hutang kereta lama di bank, mereka akan sambung bayar installment kita. Bila dah tak bayar, pihak bank akan cari kita...sebab perjanjian sewa beli kereta lama antara kita dan bank bukan dengan used car. Ini banyak terjadi...kawan aku sendiri kena last-last dia pi beli balik keta dia kat used car tu...bagi adik dia pakai. Lagi satu jangan lah percaya dengan selesman yg declare dia boleh buat document gaji palsu untuk lepas kan loan..that all bullshit. Bukan murah depa charge u..mahal..kalau tak lepas..burn macam tu jer. Bak kata pepatah "Pakai baju ikut badan sendiri" lah beb.... That all aku nak kongsi kali ni..pada yang dah terkena redha jer lah. Pada yang baru nak beli timbang-timbang lah nasihat aku yea...
pada salesman yang kaki kencing kat luar tuu...haram bagi anak bini makan oooo..... (tapi bukan semua salesman kaki kencing ada yg baik macam aku ekekekek)

aku list kan supaya korang senang tengok..

Tips-tips Mebeli kereta dan menjual kereta.

1- Pasti kan budget mengikut kemampuan berhutang.
2- Beli kereta mengikut kegunaan, bukan bermegah (kalau Jutawan tak kisah ler....)
3- Sediakan wang pendahuluan, kalau dapat banyak lagi bagus...
4- Jangan ambik jangka hutang terlalu lama maximum 5-7 tahun jer. Klu dapat less dr 5 tahun lagi cantik
5- Pasti kan semua documet kewangan dan peribadi untuk tujuan beli kereta jer..buat note sikit kat copy supaya document tak di ekplotasi kan
6- Jangan mudah terpedaya dengan janji " document saya leh buat kasi lulus bro tapi kena bayar" that all bullshit!!!!!!
7- Pasti kan bila menerima kereta dalam keadaan yang Perfect....
8- semak tempoh jaminan pengilang dan syarat-syarat nyer..
9- tanya jer apa-apa soalan tentang kereta yg dah di beli walaupun soalan bodo, kamu ada hak!
10- Buat lah price list shopping dulu..banding kan harga dan promosi..setiap pengeluar dan showroom tidak sama.

11- pastikan kereta trade-in anda dapat di tangan used car bertauliah. ( ada syarikat)
12- pastikan juga di mana lokasi kedai used car
13- jangan amal kan " Kereta sambung bayar" masaalah banyak di kemudian hari.
14- Buat follow up dgn bank tentang kereta trade-in sama ada dah settle ker atau masih berhutang...pasti kan di bayar setiap bulan. Jgn sampai 5 bulan used car tak bayar baru sedar.
15- pandu lah kereta berhati-hati...enjoy with ur new car.

16- Kereta adalah investment yg merugikan tak kira apa model sebab kereta susut nilai..tak sama seperti beli rumah beli 120k simpan 5 tahu dapat jual 250k..Untung....

model ini mempunyai nilai jual balik yang baik

Jenama dari Korea yg terkenal.

antara jenama idaman ramai BMW

gambar-gambar carian dari google

Tuesday, April 13, 2010

Seminit jer mummy.....

tawa riang nyer buat dady cair....

Hari ni aku berniaga sorang...customer pun ramai gak..Bz..aku 1 hari..hujan lebat pulak di cyberjaya...nasib baik dah well prepared. masa nak balik..ada sarang kerengger pulak jatuh atas keta..habis aku di gigit nyer..habis satu keta aku sembur penyembur serangga.

ingat malam nanti aku nak balik melaka tengok anak buah baru aku...tapi rasa letih sangat ..ahh tangguh esok ler..bawak family bahaya klu memandu mengantuk..

sampai rumah aku di sambut wife dan jeritan anak perempuan aku Nazurah. Aik ? kenapa blom mandi ni kakak? gi mandi? . Ahh.. jom mandi kakak...mummy buat buih nak tak? jom..lantas anak aku tersenyum dan berkata.".jap lah mummy, seminit jer mummy..seminit jer.." Aku dan naja berpandangan dan tegelak besar. Tah mana dia belajar tah cakap macam tuu...umur baru nak masuk 3 tahun..tapi bijak bercakap..dan dia faham apa yg di katakan. Itu lah rezeki kurnia dari allah...anak aku cerdik. Ramai yg puji dengan kepetahan dia bercakap. aku dan isteri juga selalu ajak dia berbual. bual kosong jer tanya jer apa-apa. dan selalu bukak kan TV rancangan untuk budak kecil. Paling seronok..dia suka tom-tom bak, macam-macam aznil dan Mr Bean.

ada satu lagi soalan spontan yg buat aku tergelak, Masa tengok program baby di astro..tiba tiba 1 soalan dari anak aku.."mummy dady..kakak nak baby..." errkk...aku dan naja terkedu..

Seronok dan indah nyer hidup semenjak kehadiran nyer. Thanks nazurah...dady sayang kakak....

*teringgin nak bawak nazurah tengok rancangan macam-macam aznil Live....

Monday, April 12, 2010

Pemergian mereka tanpa di duga.....Al-fatihah


sambil aku menyedut rokok...di temani cahaya lampu jalan terasa asap menusuk ke paru-paru aku...aku terkenang pada orang yang aku kasihi. Ayah dan ibu mertua ku....pemergian mereka menyentap kehidupan aku. Terasa bagai sebilah pisau menusuk perlahan ke tubuh aku...bisa nyer hingga akhir hayat aku. Tapi aku redha...ini semua ketentuan illahi...

Sebulan sebelum pemergian ayah...tiba-tiba dia menjemput aku kerja bersama nyer.." ko tolong ayah cari customer boleh? sambil belajar kerja-kerja di bengkel ayah " boleh? aku terpinga..err boleh ayah...tapi boy tak tahu tentang selok belok business ayah ni. sikit-sikit tahu lah " jawab aku.

Takper belajar lah...ko pun nak dapat anak nanti...belajar buat business." pujuk ayah. So aku pun mula bekerja dengan nyer....yang hairan nyer aku memang kurang rapat dgn ayah dari kecil kerana sikap tegas dan garang nyer..aku hanya rapat dgn ibu saja...tapi semenjak bekerja dengan nyer terasa amat rapat. Banyak yang di ajar nyer malah kami bertukar-tukar pendapat tentang business dan minat dalam modify kereta. aku terasa seronok sangat dan di tambah lagi tengah menunggu cahaya mata pertama.

Di tengah hari satu hari di hari jumaat...ayah mengajar aku memandu lori...seronok nyer..setelah selesai kerja...kami pulang ke bengkel untuk bersiap ke solat jumaat. aku terima arahan dari ayah agar pergi menjemput budak-budak kerja dulu di lokasi lain. Aku turuti...dalam perjalanan pulang aku dapat 1 panggilan telefon dari ibu..."Cepat balik ayah pengsan sekarang on the ke hospital" aku tergamam..lantas terus memecut laju ke hospital. Sampai di emergency wad..aku lihat ibu menangis..." ayah pengsan teruk " doktor tengah cuba tuu..." Ayah memang menhidap asmah...dan selalu ulang alik ke hospital..biasa nyer duduk 1 hari dah balik..dengan muka tersengeh dia.."ayah takder apa-apa..." tapi kali ni lain ayah mcm tak bermaya lagi...aku terus mengambil wuduk dan membaca surah yassin berkali-kali aku tak ingat. masa tuu otak aku kosong...sekosong kosong nyer.......

Ayah masih koma dan ditempat kan di wad ICU...bermacam usaha dah di buat doktor dan pihak keluarga aku. Aku hanya tidur di hospital sajer teman kan ayah...di bangku taman..surau dalam kereta..mana-mana jer aku redah...kadang di tepi laluan jer..sampai ada yg kesian tgk aku..Masuk seminggu ayah di ICU...doktor dtg memberi berita buruk pada aku sekeluarga..." Ayah kamu 50-50..kami dah usaha..tapi blom berhasil..dia masih terpaksa bergantung pada mesin hayat. Di sebabkan ayah pengsan terlalu lama kerana semput..dan oksigen tak sampai ker otak...banyak sel otak yang rosak..sebab tu ayah koma. " rasa gugur segala semangat aku...air mata aku berlinang tapi aku gagah kan juga...selagi ada nyawa ayah kami akan usaha doktor...

sehingga pada satu malam ketika aku menemani ayah di temani adik bongsu aku...aku terlena sekejap di dalam kereta...dan aku bermimpi..di datangi ayah..."jangan risau..ayah ok, dah sihat dah" aku tersenyum dan memeluk ayah erat...terasa seperti bukan mimpi..tiba-tiba aku di kejut kan dgn panggilan telefon. "cepat naik ayah tgh nazak" aku terus bergegas..memang ayah tengah nazak..lantas aku membaca kan yassin...belom sempat aku habis kan surah yassin...ayah telah pergi buat selama-lama nyer...tepat jam 4.20am. Aku lihat dunia ku kelam....semua kenangan bersama ayah mula terpancar di ingatan...dari aku kecil hingga lah dewasa...Oh ayah...mengapa ???? begitu awal...

Kini 4 tahun sudah berlalu..bengkel ayah pun dah di jual kerana aku tak boleh nak handle...rasa menyesal yang amat sangat....setiap detik aku terkenang kan dia...dan di dashboard kereta aku aku letak kan gambar nyer...rindu ayahhhhhhhh !!!!...semasa aku menaip topik ini pun air mata aku berlinang...aku redha...Allah lebih sayang kan dia...kini hidup aku sederhana dengan berniaga kecil-kecilan aku terus kan juga perjuangan ayah...berniaga menyara keluarga..

Bila aku terbaca kes dalam akhbar anak halau ayah, tak mengaku ayah dia, bunuh ayah...aku sedih..dimana kah kepala hotak diorang? tahu tak itu ayah kamu..ibu bapa kamu..dengar tak lagu arwah sudirman...ayah dan ibu???? ini lah dunia sekarang.....

semoga roh ayah di cucuri rahmat...maaf aku tak dapat nak ceritakan kisah arwah ibu mertua aku....sebab aku dah terasa sebak sgt.... Al-fatihah untuk mereka yg sudah pergi.....amin.

sayangi lah mereka, peluk cium lah mereka, sujud lah di kaki mereka selagi kamu ada peluang.....

Sunday, April 11, 2010

Memancing SEPIT BIRU..!!!

Tangkapan aku terbesar dan terberat setakat ini...KING udang Galah.

Seperti yang di janji kan aku akan memuatkan beberapa port memancing ikan dan udang dalam blog ini untuk panduan pada kaki-kaki pancing macam aku.
Ini lah kolam nyer

Kolam yang aku maksud kan Kolam memancing Udang Galah Kolam Kedai. Sebab biasa nyer kolam udang galah ni di tempat open atau kolam tanah, tapi yang aku jumpa di dalam kedai. So sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah pada masa lapang sambil mencuba nasib memancing udang galah.
kolam dalam kedai besar..dan bersih.

Kolam terletak di kawasan commercial Prima saujana kajang.Block kedai berhadapan pasaraya GIANT. senang jer nak cari..satu jer kolam kat situ. dan kolam ini di usahakan oleh usahawan MELAYU. So apalagi support lah bangsa kita berniaga. Kadar bayaran berpatutan. Rm 12 untk 1 jam 24 utk 2 jam dan jam berikut nyer tambah RM 10 setiap 1 jam. Promosi. Kira murah lah tuu..biasa nyer RM 15 1 jam. Ada juga untuk package keluarga dan Ladies Nite...mcm nite club daa....hehehe menarik kan.
ASTRO, minuman dan makanan juga ada di sediakan

Ermmm mesti korang tanya macam mana prestasi kolam ni kan ...udang banyak ker? besar ker? makan umpan ker? Kalau dah nama memancing, biasa lah kadang-kadang banyak...tapi memancing udang galah ni kena ada skill...tak serupa macam pancing udang harimau. Cara makan nyer lain. Sebab udang ni ada sepit. kalau nak tahu leh dtg terus tanya dengan owner....dia sudi mengajar.
Harga Promosi

Tapi jangan salah kan aku pulak bila tak dapat. kadang-kadang bila aku pi memancing ada kastemer yg tak sabar..merungut tak dapat hasil. dah cara nyer tak betul. memang lah tak dapat dan ini memancing bro...Bukan beli kat GIANT terus dapat..kan faham-faham jer lah.
Boleh beli Udang segar pada yg tak nak pancing

Jangan salah sangka..aku tak dapat commission pun jika korang pi kolam ni, aku sekadar membantu sesama bangsa mempromote business. bukan nak kondem...kan kan kan..
terpulang pada korang kat luar tuu menilai..
Joran dan umpan di sediakan. Free!!!

so selamat mencuba...dan jumpa aku nanti tgh memancing tegur-tegur lah...opss lupa biasa nyer kolam buka dari petang sampai pagi jika ada pelanggan. hari cuti buka dari tengahari sampai pagi.
hehehe antara hasil tangkapan.