Showing posts with label balada peniaga kaki lima. Show all posts
Showing posts with label balada peniaga kaki lima. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Penganjur Oh karnival ! WTF !!!!

musim cuti sekolah ni memang banyak peluang berniaga, di mana-mana saja ada karnival rakyat di adakan. kat tepi pantai, atas bukit, mana - mana sajalah. Memang tak di nafikan kemunculan karnival atau pesta mcm ni menarik ramai pengunjung dan peniaga kecil-kecilan atau syarikat2 besar. bukan aku nak kondem lah tapi ini kenyataan. semenjak aku meniaga ni cuma beberapa karnival jer aku turut serta. Bukan nyer tak nak tapi pengalaman pahit di karnival mengajar aku.

Bila ada karnival berebut peniaga nak sertai walaupun kadang2 coz sewa nyer terlalu mahal. Sebab nak cari rezeki. Penganjur pun ambik peluang nak anjurkan mcm2 pesta. Tapi kadang2 ada di antara penganjur ni yg kaki kencheng. Karnival pertama aku di salah sebuah Felda di perak sempena hari bersama penduduk felda. Si penganjur ni janji mcm2, artis lah. pertunjukan bunga api lah, pameran motor lah. Last2 semua nyer takder. nasib baik penduduk kat situ sporting juga sbb byk membeli belah. kali kedua aku sertai karnival ni aku terkena teruk!!! di Golf Kinrara. Kunun byk acara, khemah dah penuh! ada artis, karoke...last last karoke jer yg ada. peniaga pun 3-4 kerat jer...banner pun hari karnival baru nak pasang! WTF..!!! memang takder org langsung. bila nak mintak duit sewa tapak mcm alasan di beri. MELAYU tuuu ..
Baru-baru ni member aku terkena jugak di salah satu karnival besar di tg karang. Khemah takder...lambat pasang, acara haram semua cancel. kunun masa nak ambik duit sewa mcm2 acara ..belon panas lah , bunga api lah MB dtg nak rasmi lah...cet semua takder.

So apa sebenar nyer aku nak bagitahu untuk para peniaga dan usahawan di sana yg teringgin nak masuk karnival-2 ni. selidik dulu apa yg di janji kan tu ader ker. penganjur ni ada duit ker? jgn kasi full payment bila register! kalau acara semua takder takyah bayar yg baki nyer. blah jer.. apa diorang ingat kita cap duit ker ! Penganjur-2 ni pun satu kami ni peniaga nak dtg cari rezeki, bayar sewa ribu-riban..tapi semua takder. Baru2 ni di putrajaya... ader ker Lampu hari ke 2 baru nak pasang..buat malu jer..kata karnival besar PM rasmi...pun sama jugak.
Jangan lah aniaya kami sebagai peniaga kecil ni...jgn sampai buku bertemu dgn ruas..baru tahu...

Sekarang ni tmpat yg aku berniaga pun penganjur buat bodo jer...takder promosi, khemah rosak, koyak, lambat pasang khemah...biokrasi. tahu nak duit sewa jer..tak fikir cara mcm mana nak maju lagi...dah ada saingan pun buat bodo jer..mmg di lahir kan bodo kut. bebal. Kalau korang buat camni sampai bila2 lah bangsa kita ni tak maju.....tgk bangsa lain buat. aku pernah ikut sekali depa buat karnival kat ceruk ulu sempena perasmian rumah baru. tapi respek dgn kemudahan, khemah, promosi. banner, acara-2 yg di janji kan semua ada. dan cara dia menyusun acara pun bagus supaya pengunjung tak balik awal. so tak puas hati dgn komen aku? sila beri komen korang klu nak bela penganjur karnival mcm diorang ni.


klu berjalan mengundur kebelakang camni lah jadi nyer....chiow dulu dah angin kang aku mencarut pulak....

gambar sekadar hiasan.
klu karnival mcm ni baru seronok....

Thursday, June 3, 2010

Idea Idea Idea brg baru arkhhhh!!! ponin kepalo..


Tengah aku menyedut asap musibat (rokok) ke kerongkong lalu ke dada aku...aku dok memikirkan apa next plan aku nak jual. Almaklum lah.. sekejap jer kita ada idea baru org dah cilok...baikk...punya cilok..Aku dok imbas balik masa aku umur awal 20an dulu...apa yg aku suka sampai sekarang masih ada lagi. Dari sebatang rokok..masuk 2 btg..siap dgn nescafe O lagi di hidang oleh isteri ter cinta. Aku dok mengemas sikit kotak dari barang aku masa bujang dulu...perh..ada lah dalam 4-5 kotak.

Tiba-tiba aku terpandang satu barang. aku dok belek-belek...cantik lagi.. Passion aku mula terangsang!!! mata aku tertumpu pada satu arah. Haaa...herppp....bukan itu lah ingat Biru jer korang ni. Sebenar nyer tangan aku memegang satu beg yang penuh dengan Model Kits aku...masih tersimpan elok. Bagi yg tak tahu..Model Kits ni kira Big Boy Toys. sbb harga dia mahal...Model kits yg aku simpan robot2 GUNDAM dan Jet-jet pejuang. Aku mula terfikir...ini minat aku ...dan aku ada knowledge pasal benda ni...tak salah jika aku jadikan produk baru aku...yessssssss....... setelah 3 bth rokok..NeF O dan sedikit peluh aku dapat idea baru...Aku nk jual Set2 Model Kits. dan kali ni aku nak buat di jalanan dan Online...hehehe nak tgk tak barang nyer....tunggu,

begini lah jadi peniaga,kita kena peka dan sentiasa mencari idea2 baru untuk maju kan perniagaan. Supaya barang kita tak luput dek maso....

Sunday, April 18, 2010

Business planning For RAMADHAN..coming soon




Sekarang dah bulan 4... tak lama lagi kita akan menyambut bulan mulia Ramadhan. Bulan yang penuh makna, penuh dengan kebaikkan, menguji kita dari semua aspek. Bulan ini juga banyak menguji dan memberi rahmat pada aku sebagai peniaga jalanan. Murah rezeki maa ni, jika ikhlas berniaga lagi murah..... Aku ada masa 4 bulan lagi untuk merancang apa yg perlu di buat. Tahun lepas aku meniaga malam sampai ke subuh sahaja, tapi tahun ni aku merancang nak berniaga dari pasar juadah ramadhan sampai lah ke downtown dinihari. Bukan nyer tamak..tapi aku mencari rezeki dengan berniaga, terpaksa cari peluang yang ada, terawih juga aku nak cuba habis kan semua nyer. bukan macamyg makan gaji... dapat gaji tetap tiap-tiap bulan...aku tak tentu..kadang-kadang sikit..kadang-kadang banyak... syukur pada nya, mcm mlm ni lepas siap kemas brg di Dtown...hujan pun datang dgn ribut. habis barang basah dan ada yg rosak..tapi tuu semua dugaan, silap aku jugak..tak bawak kanvas lebih untuk tutup. itu lah cobaan dan perjalanan peniaga macam aku.


Aku dah list kan barang-barang...untuk projek ramadhan aku. macam mana konsep nak buat, harga, promosi... dan barang yg MELATOP!!! mesti korang heran kan. peniaga standard tepi jalan macam aku pun nak buat macam ni...hehehe.. itulah kesilapan nyer..biar kita berfikir dan buat sesuatu dgn ada rancangan. Supaya hasil nyer lumayan dan pemikiran kita sentiasa di depan dari org lain.

B
ukan apa, masa tiba ramadhan jer aku tgk tmpat Dtown
aku meniaga penuh dgn peniaga cendawan (berniaga masa ramadhan jerrr...) tak salah.. suka tgk ramai peniaga.. jadi lagi meriah suasana. Tapi aku dah dok perhatikan... tiap-tiap tahun barang yang sama jadi pilihan. Tudung, selendang, jeans memang lah ni barang bermusim. Tapi aku tgk sbb ramai sgt jual barang yg sama... hasil nyer tak seberapa, dan peniaga terpaksa main harga barang. Kalau yg dtg dgn stock banyak ok lah... kalau yg part timer...habis bungkus takleh beat harga depa. Buat lah sesuatu yang lain sikit.. ada konsep dan menarik..ni dtg dgn bukak satu meja jer..barang kuantiti leh kira dgn jari.. mana ada mood customer nak membeli.


Nak raya kita mesti peka dgn mood customer... banyak kan pilihan barang, hias sikit kedai. pasang lagu-lagu raya... baru lah ngam.....kan. So aku pun dah dapat idea apa konsep aku..dan apa barang yg aku nak pump lebih..hehehe tak leh bagitahu..penat pala hutak aku memikir... korang pikir sendiri ler.. apa nak buat, ini lah di katakan marketing strategy. Itu jer aku leh kongsi dgn korang.... doa kan aku berjaya dan aku juga doa kan apa-apa juga usaha korang tu . OK waa chow dulu.....



Nikmati lah rahmat ramadhan....mencari rezeki halal dan bersedekah serta beramal.....

gambar ehsan dari google

Thursday, April 8, 2010

Luu tak boleh juai ini Barang !!!!! wut the hell ????


hari ini hari yang mencabar bagi aku....permulan berniaga di tempat baru kurang sambutan. dan aku berniaga di tempat yang mejoriti nyer di kalangan bangsa lain..takyah bagitahulah bangsa apa..tapi pembaca mungkin faham...

aku tengok kiri kanan belakang depan penuh dgn bangsa dia...bangsa kita 2-3 butir jer..semua nyer termenung menunggu pelanggan..tapi gerai yg lain penuh dgn pelanggan. ada juga mata-mata liar yg memandang gerai aku...dan berbisik sesama mereka..barangan aku totaly lain dari mereka. ada pun 1-2 jer barang sama...aku buat bodo aku jer..sambil layan sms business aku.

2 jam berlalu masih tiada sales..ermm....kesian tgk wife ak yg mengharap kan tempat baru ni..memberi kelainan, tapi dia masih bersabar. tiba aku di datangi seorang Ci** , tengok barang aku..mata dia tertumpu pada satu, barang. "Awak tak boleh juai ini barang, saya lama sinie suda juai ini barang, mata aku merah...hati aku panas..." aku jawab..management kata talak hal...apasai u mahu marah. ??? " dia jawab balik Takpa..nanti saya terus komplain dia.." aku cuba juga buat baik..diplomatik..bang saya memang jual ini barang...kita set harga sama..saya talak hal punya..saya ikut u punya price...aku cuba berlembut. Talak..saya sorang jual ini barang...jawab dia balik. Aku mula menyirap..gaduh-gaduh lah...darah pahlawan melayu melaka mula mengalir laju ke tubuh aku. Ok tala hal..saya jual jugak..u mahu complain u cakap sana..(management) jangan cakap sama saya....saya tak tahu...ini barang saya takmo simpan. OK u faham...aku berkeras..tangan aku mula mencari apa yg boleh di capai..tapi aku terlihat anak aku dan isteri aku di tepi yg masih tak perasan apa yg berlaku. Aku tgk CI** ni aku bagi signal kat wife aku...dia tgk aku dan faham..family aku ada sama..OK jawab dia dan terus berlalu...
suasana tenang semula...

Aku tgk gerai dia memang ada barang yang sama..tapi bukan salah aku..aku dah declare barang aku pada management, dan bukan aku tiru..memang dari asal aku ada jual barang tu..lain lah kalau aku tengok barang dia dan aku letak sama kemudian. aku jeling tengok beberapa bijik mata jeling-jeling kat aku...aku bangun dan terus balas pandangan diorang...semua berpaling.

sah aku salah masuk tempat...tapi sewa aku dah bayar..dan bayaran nyer mahal...jadi aku teruskan juga sampai ke malam. takper bangsa kau masuk tempat aku siap aku ganyah...

benda ni memang terjadi...tetapi bangsa kita tak sedar dan tak nak di sedar. sikap perkauman dalam business ternyata tebal tapi di lihat sebelah mata oleh masyarakat. sesetengah jer yang sedar. tapi itu pilihan pelanggan..tapi bagi lah peluang pada BANGSA kamu sendiri untuk maju..jangan duk kutuk jer..yg kau kutuk ni sedara Islam kau jugak..!!!! bagi aku..bila kemana-mana pasar atau tempat membeli belah..aku akan cuba cari BANGSA aku berniaga...cuba tolong..walaupun kadang-kadang harga ada lebih sikit..aku kira sedekah..pada bangsa dan agama aku...renungkan lah. Walaupun kadang-kadang bangsa kita berkerja dengan bangsa mereka..aku niat menolong bangsa aku...dah takdir dia keje kat situ, kerana pendapatan dia hasil dari jualan. Aku tidak arahkan kamu semua membenci bangsa mereka..tapi aku meminta Tolonglah bangsa Kita dahulu..sebelum kita menolong Bangsa lain. itu yang aku pegang, jgn kamu di luar sana salah tafsir apa yg ingin aku sampai kan.

sampai lah aku tutup kedai sales aku RM 0.00 (zero) tapi aku redha..ini semua dari nyer . mungkin ada yang dia nak sedarkan aku..aku kemas..barang dan terus chow....takper hari lain ader.

Esok aku akan terus kan lagi usaha aku mencari rezeki di kaki lima...doa kan aku..Bangsa ku..dan aku doa kan juga bangsa ku semua.....aku akan tetap memberi saingan pada mereka..jangan depa ingat kita ni melayu layu...


tukarkan BAHASA kepada BANGSA

Friday, March 12, 2010

Berniaga tiru orang..tapi tak boleh di tiru...takder konsep.

hari ni hari yg agak penat bagi aku....setelah selesai berniaga siang hari...aku tak larat nak meniaga malam, rasa rugi jugak! tapi badan aku tak mengizinkan..terasa sakit semua nyer, mungkin sebab kurang rehat. Bulan ni pun perniagaan aku agak lembab sebab jarak gaji kerajaan dan swasta agak jauh..yerlah dah gaji dapat awal masa raya cina. so kebanyakkan customer banyak yang window shoping jer. tapi ada lah sikit aku dapat..biar ada jangan tak ada masyuk langsung. aku banyak menghabiskan masa dengan mengemas barang-2 stock dan buat study sikit tentang market apa sekarang di pasaran yang tengah laris. dan buat pilihan stock baru untuk dijual. hahahah jgn ingat peniaga jalanan mcm aku ni tak fikir tu semua....kena fikir jugak. Orang puteh cakap "Marketing strategy" . Bukan leh langgar jer nak jual apa-apa. banyak juga peniaga yang aku tengok tak endah kan benda ni, main langgar jer..orang jual sticker dia nak jual jugak, jual jambu pun jual jugak..orang sebelah jual tudung pun dia nak jual juga! dah jadi macam mydin. tak salah..nak jual apa-apa pun, janji halal..tapi dari gerai jual kerosang boleh jual sticker..jual air.ermm.....pelik kan. ikut trend market kata dia...tapi bila orang jual barang dia..masam muka pulak. macam mana tu? lepas tu takde knowledge pasal barang, main jual jerr...bagi akulah..bila kita nak berniaga kita kena ada konsep. barang apa kita nak jual, lepas tu kita study marketing strategy...target market, orang mcm mana yang akan beli, kuasa membeli, harga yg nak di tetapkan. baru boleh menambah kan hasil jualan. bila orang tanya kita boleh jawab. dan kita tak termenung lebih bila pergi berniaga. ini semua tu tak diambil kisah. bila barang tak boleh di jual..marah pada customer atau salah kan nasib, tak boleh macam tuuu beb.fikir kan lah. kalau ada peniaga jalanan macam aku kat luar tu terasa, maaf lah, tapi korang renung kan lah..bak kata pepatah. Nak pergi bertempur bawak keris, nak pegi berkebun bawak cangkul, ok aku chow dulu. esok ada pameran ceramik aku nak sertai..dapat tapak free. syukur pada allah. mudah-mudahan murah rezeki yea.. bye...

sedikit tips aku BPJ
-kaji konsep perniagaan anda
-kaji barangan yg mahu di jual
-kaji sasaran pembeli.
-kaji tempat perniagaan anda sesuai dgn POKET masyarakat sekeliling.
-ambik stock cukup untuk jualan dan cover modal.
-buat kiraan harga untung dan rugi untuk tetap kan harga barang.
-kalau boleh tetap kan konsep anda agar customer lebih mudah ingat pada anda..sampai bila-bila.
-jangan terlalu banyak campur kan konsep barang lain..takut hilang kan mood customer yang pening tgk barang.

pergi lah berniaga dgn ikhlas jujur dan niat untuk mencari nafkah..mudah-mudahan murah rezeki...selamat berjaya

contoh gerai yang menitik beratkan 1 konsep pasti ramai pengunjung dan gerai lebih nampak menarik dan tersusun.



gambar ehsan dari google

Friday, December 11, 2009

Balada peniaga Melayu

assalamulaikum..sahabat-sahabat...setelah lama aku tinggal kan blog ini tergerak pulak aku nak menulis semua..tapi bukan sambungan kisah dulu tapi apa yang ingin aku kupas-kupas kan macam kupas limau tentang balada peniaga kecil-kecilan.

aku salah seorang dari mereka dari beribu-ribu peniaga kecil-kecilan di luar sana. yg di pasar malam , tepi-tepi jalan dan di mana-mana. pengalaman aku kecil saja baru 4 tahanu berkecimpung dalam meniaga kecil-kecilan dan meniaga kuih hingga lah sekarang berniaga bermacam-macam barang. yang ingin aku pupas tentang 2 perkara hari ni masaalah peniaga kecil-kecilan menghadapi pelanggan yang terlebih pandai dan untuk peniaga yang ingin baru menceburi bidang ini tak kira parttime atau fulltime.

Terlebih pandai.
dalam 2 minggu lepas aku berniaga di salah Universiti terbesar dan tertua di Malaysia. setelah selesai menyusun barang aku duduk menunggu customer sambil menyedul sebatang rokok. Rata-rata customer di sana baru aku kenali kerana aku baru 4 kali berniaga disana...aku ditemani rakan sepejuagan aku yg menjual Jam-jam tangan. 2 hari kami disana jualan alhamdullillah merangsangkan walaupun tak sepert yg di harapkan. rata-rata customer spotting. Tapi ada 2 customers yang nak aku kupas sikit. terpulang pada sahabat pembaca menilai nyer. Customer yg pertama datang dalam masa makan tghari. sambil melihat barang-barang jualan tiba-tiba dia terhenti di meja member aku. melihat jam-jam repilca atau tiruan . Sambil memangdang sinis dia mengambil seutas jam lalu berkata " Wah ..ini Ori ker? berapa U jual? hahahah sambl gelak kecil. aku tengok jer gelagat dia. member aku pun jawab " ini bukan ori bang replica tapi qualiti baik yg ori mahal dalam berbelas ribu..." dia jawab balik . OOOoo..i pakai ORI ni macam mana mahu beza dengan barang mcm u jual ni...soalan yg menyakitkan hati kami. member aku terus jawab" U pakai ORI u bagitahu sayalah apa beza dia! saya tak tahu . klu u pandai u bagitahu saya lah. Dia terus tergamam dgn jawapan member aku yg agak keras..aku pun yg jawab jugak..tapi aku tengok jer..customer tu terus letak balik jam tu dan beredar perlahan-lahan.
bagi aku walaupun u pakai ori jangan lah pandang sinis kat kami..kami hanya menjual barang untuk customer yang ingin membeli...kalau u taknak beli jangan lah kutuk..nasib u baik hidup senang leh belanja mewah..jangan dah ada di atas lupa org mcm kami di bawah..klu kami jatuh pun tak sakit kalau u jatuh dari atas boleh mati tau. Lagi satu soalan dia yg menunjuk kan kebodohan nyer.." Jam ni boleh kena air ker? bawak mandi boleh? "
member aku jawab " encik kenapa nak mandi pakai Jam? " aku terus tersedak dengar jawapan dia hahahahah sengal......

customer yg kedua ...kami jumpa ketika dah nak balik hari kedua. Dia datang satu family..ister dia terus menerpa kearah meja kami..eeiii banh cantik nyer barang kat sini..lampu, jam tangan . sambil dia terus mengambil seutas jam. Suami nyer dari belakang gaya mewah mcm pensyarah, pakai songkok...datang dan berkata " Dah Dah takpayah tengok - tengok jam-jam ni semua beli dari pemborong Jam kat KL abang tahu mana nak beli tak beli kat sini" dengan nada yang kuat. bagi aku lah macamana melayu nak maju klu bangsa sendiri tak tolong. tengok bangsa lain support bangsa mereka. kalau u taknak beli pun jangan la cakap macam tu depan peniaga. kami pun ada hati . kami meniaga pun nak sara keluarga. kami bukan jual dadah, heroin extacy ker..jual barang Halal. jangan sebab kamu dah senang lupa orang mcm kami. kami ni penyumbang kecil juga perkembangan ekonomi negara. dan aku nak tengok klu kat pemborong tu leh layan klu u leh beli satu jer..silap-silap dia jual lagi mahal dari kami. jam tu harga RM 40 hengger jer kami jual.
alaaa hai...tapi bukan semua melayu mcm dia...tapi orang yg mcm ni yg tak nak kita jumpa.

Yg terlebih pandai mcm ni selalu kena tipu...kenapa ? renungkan lah...

Peniaga Baru Full or part time.

semalam aku berniaga di area KL . sebelah aku ada seorang pakcik pencen yang jual barang komputer. bagus jugak lain dari yang lain. Jualan di sana pun memberangsang kan . Rata-rata customers semua sporting dan suppot kami peniaga kecil. aku berkenalan dengan seorang staff di sana yg sering mudar-mandir di kawasan kami berniaga. Aku tegur dia. " tak kerja ker dik? " Dah selesai bang...saja jalan-jalan tengok abg-abg berniaga kat sini. seronok..jer. kan. " ala dik biasa jer...mcm ni lah kami takder kerja tetap mcm adik" cukup-cukup makan jer. " jawap aku merendah diri. " ehh bang jadi mcm abang ni lah masukk...hari-hari ada cash. mcm kami ni kena tunggu gaji. baru dapat 4-5 hari dah habis.
Saya pun ada berniaga bang tapi malam....kadang-kadang bagi kawan jaga" Berniaga apa? soal aku hairan..." jaul aisblended bang" tapi susah la bang...susah cari tempat, kadang tak boleh pusing modal...tapi alhamdulillah lah. klu nak harap gaji saya jer tak makan bang hidup kat KL ni. rasa nak berhenti keje jer...buat Fulltime.
Aku terdiam memikirkan sejenak mcm mana nak tolong mamat ni. " Mcm ni dik..Kl ni banyak tempat berniaga..banyak sangat cuma kita jer tak tahu..benda tak datang bergolek..adik kena ramai kawan..bergaul dengan peniaga-peniaga kecil mcm saya ni ..insyaallah banyak yg adik akan dapat nanti. Tengok mcm pendatang mana-mana pun diorang ada..rata-rata ramai yg berniga..kenapa diorang boleh berniaga di bumi kita tapi kita tak boleh>? Lagi satu bila pergi berniaga tanamkan ingatan rezeki tuu datang dari tuhan...jangan brdengki..kianat. klu boleh mana-2 adik pergi berniaga cari kawan-2 baru..jangan cari lawan..tapi berkawan pun ada batas..di luar sana ada mcm-2 ragam orang yg kita tak tahu.." lama jugak aku berborak dgn mamat ni . Last sekali aku bagi dia semangat untuk berniaga.." adik ada keje tetap jangan berhenti sekarang Ekonomi kita tengah senak..ramai yg kena buang keje..klu minat berniaga buat lah sambilan part time..sambil tuu penuh kan ilmu berniaga ni . Jumpa ramai orang , buat kawan, tolong orang, timba pengalaman. Kita perg berniaga ni mcm nak pergi Perang...kena banyak ilmu. jangan percaya kesenangan datang bergolek..tuu semua tipu. adik pergi cari satu buku tulisan Cikgu Lee tajuk dia "JUTAWAN SENYAP" timba sikit ilmu dari buku tuu yea.." OK bang terima kasih banyak-banyak...susah nak dapat ilmu mcm ni.

setelah selesai berniaga sedang aku berkemas pulang, mamat ni datang balik..." bang buku ni ke?" sambil menunjuk kan pd aku sebuah buku.." haa yelah buku ni..mana ko dapat? " saya cari tadi..dah baca 2 bab...seronok bang baca buku ni.....terima kasih bang. Nanti jumpa lagii...ok. " lega aku tengok semangat dia...semoga berjaya ......

kata-kata ini aku petik dari sebuah buku: RAMAI ORANG MELAYU MAKAN GAJI TAPI RAMAI YANG BUKAN MELAYU KERJA BAYAR GAJI..renungkan lah....

sekian..jika ada komen tak puas hati leh klik untuk komen...