Saturday, June 19, 2010

MLM oh MLM - maju atau melingkup !!!!


Alhamdulillah rezeki minggu agak lumayan bagi aku, biasa lah meniaga ni ada pasang surut..tapi dgn cuaca yg baik dan musim cuti sekolah ni bagi peluang yg baik kat aku. Penat2 aku habis mengemas di downtown sampai rumah balik terus bukak FB, mata ku merah menyala, hati aku panas! "kurang bijak" itu perkataan dari member aku setelah aku menolak pelawaan perniagaan MLM dia. Ciss memang cari pasal. Sebenar dah lama aku simpan dendam dgn MLM ni! rasa memang sampi nak bunuh org jer. Habis lah beribu duit aku kat skim CELAKA ni.

MLM atau multi level marketing.....Aku terjebak lebih kurang 4 tahun lepas. Setelah di asak berkali-kali dan mata di jamu dgn kemewahan kawan2, aku habis kan duit aku kat skim ni. "Tak payah jual barang! hari-hari dapat duit! cari org jer.. senanggggg....kata2 tu lh yg aku ingat sampai sekarang. Tapi setelah aku ada di dalam alam diorang ni baru lah aku tahu bagaimana sebenar nyer. Purata nya palsu dan boleh di katakan menganiaya org lain. Aku dapat bertahan selama 4-5 bulan jer. Bukan aku tak nak buat! pengalaman sbgai salesman kereta dulu boleh aku gunakan, cuma kena pandai bercakap dan yakin kan org, tapi aku rasa bersalah seolah2 menabur janji2 palsu. Kena pulak prospek yg dapat tuu dari org susah, yg benar-benar ingin senang dgn caa yg mudah kunun nyer.

Cara pendekatan depa pun amat agresif! klu tak nak masuk memang panas telinga kena kutuk! Cukup ker gaji ko skrg? Ko tak nak rasa ker pakai BMW? smpi bila nak pkai wira buruk ni? Ko ni 'kurang bijak" lah...org nak tolong ni...tak nak ker? Sampai bila nak jadi kuli? itu lah antara solan cemuhan yg akan di lontarkan jika kita menolak.

Aku juga pernah terkena, mula2 ajak minum lama tak jumpa....nak borak2...last2 bukak citer MLM...lepas tuu guna kan diri kita untuk tackle kawan-kawan kita pulak. mcm setup..smpi skrg aku rasa malu dan menyesal sbb kawan aku terkena. nasib baik dia dan maafkan aku. Terdesak betul ajen2 MLM ni...

Kekayaan yg di tunjuk kan bukan semua nyer tulen. Ada yg pkai keta kecik dari aku... dan ada yg makan minum dari hasil bini bekerja! dah berhenti nak buat fulltime MLm. ada yg sanggup jual tanah! cagar geran nak beli BMW sbb nak tunjk kunun nyer dah berjaya! Bullshit lah! kadang nak belanja minum pun susah. sbb dlm poket ada ckup2 makan jer...gaya saja lebih.

Memang ada yg berjaya! tapi fikir tak duit apa yg kamu makan tu? hasil usaha org lain? dan peratusan yg berjaya dan gagal berapa nisbah nyer. aku berani cakap 1/10. Ramai juga yg merana di sebab kan skim ni...pinjam loan beribu-ribu! sampai blacklist, muflis..biasa nyer kakitanga kerajaan sbb depa di gunakan sbb senang dapat loan. Dan banyak juga kes kawan bertahun-tahun tapi dah jadi musuh sampai dekat pun tak boleh! sbb semua MLM...

Fikirkan lah......klu sesuatu perkara itu banyak memudaratkan dari menyenang kan apa hukum nyer.? klu korang di dekati ajen2 MLM ni..tak kira lah abg adik ker, pak sedara ker, kawan sehidup semati ker...bagi jer jawapan ni " U PAKAI DUIT U DULU LAH, BILA I DAH KAYA I BAYAR BALIK DOUBLE OK? sure dia kata TAK BOLEH LAAAA. hahahaha peace... and to all MLM ajen GET A REAL N QUALITY LIFE laaaaaaa...

chow...rasa nyer ramai yg mata merah tgk blog aku ni kah kah kah kah.....dan diorang akan kata "camni lah ckp org tak berjaya" hahaha WTF aku berniaga lagi duit masuk hari hari......

by the way citer pasal kawan FB tadi...hahahah kena fire balik lah dengan aku " jgn suka2 kata orgn lain 'Kurang bijak" aku sekolah dulu bukan pakai duit kau pun. Faham!!!!

ni ada page panduan untuk anti MLM

http://www.facebook.com/pages/SAY-NO-TO-MLM

Thursday, June 17, 2010

Penganjur Oh karnival ! WTF !!!!

musim cuti sekolah ni memang banyak peluang berniaga, di mana-mana saja ada karnival rakyat di adakan. kat tepi pantai, atas bukit, mana - mana sajalah. Memang tak di nafikan kemunculan karnival atau pesta mcm ni menarik ramai pengunjung dan peniaga kecil-kecilan atau syarikat2 besar. bukan aku nak kondem lah tapi ini kenyataan. semenjak aku meniaga ni cuma beberapa karnival jer aku turut serta. Bukan nyer tak nak tapi pengalaman pahit di karnival mengajar aku.

Bila ada karnival berebut peniaga nak sertai walaupun kadang2 coz sewa nyer terlalu mahal. Sebab nak cari rezeki. Penganjur pun ambik peluang nak anjurkan mcm2 pesta. Tapi kadang2 ada di antara penganjur ni yg kaki kencheng. Karnival pertama aku di salah sebuah Felda di perak sempena hari bersama penduduk felda. Si penganjur ni janji mcm2, artis lah. pertunjukan bunga api lah, pameran motor lah. Last2 semua nyer takder. nasib baik penduduk kat situ sporting juga sbb byk membeli belah. kali kedua aku sertai karnival ni aku terkena teruk!!! di Golf Kinrara. Kunun byk acara, khemah dah penuh! ada artis, karoke...last last karoke jer yg ada. peniaga pun 3-4 kerat jer...banner pun hari karnival baru nak pasang! WTF..!!! memang takder org langsung. bila nak mintak duit sewa tapak mcm alasan di beri. MELAYU tuuu ..
Baru-baru ni member aku terkena jugak di salah satu karnival besar di tg karang. Khemah takder...lambat pasang, acara haram semua cancel. kunun masa nak ambik duit sewa mcm2 acara ..belon panas lah , bunga api lah MB dtg nak rasmi lah...cet semua takder.

So apa sebenar nyer aku nak bagitahu untuk para peniaga dan usahawan di sana yg teringgin nak masuk karnival-2 ni. selidik dulu apa yg di janji kan tu ader ker. penganjur ni ada duit ker? jgn kasi full payment bila register! kalau acara semua takder takyah bayar yg baki nyer. blah jer.. apa diorang ingat kita cap duit ker ! Penganjur-2 ni pun satu kami ni peniaga nak dtg cari rezeki, bayar sewa ribu-riban..tapi semua takder. Baru2 ni di putrajaya... ader ker Lampu hari ke 2 baru nak pasang..buat malu jer..kata karnival besar PM rasmi...pun sama jugak.
Jangan lah aniaya kami sebagai peniaga kecil ni...jgn sampai buku bertemu dgn ruas..baru tahu...

Sekarang ni tmpat yg aku berniaga pun penganjur buat bodo jer...takder promosi, khemah rosak, koyak, lambat pasang khemah...biokrasi. tahu nak duit sewa jer..tak fikir cara mcm mana nak maju lagi...dah ada saingan pun buat bodo jer..mmg di lahir kan bodo kut. bebal. Kalau korang buat camni sampai bila2 lah bangsa kita ni tak maju.....tgk bangsa lain buat. aku pernah ikut sekali depa buat karnival kat ceruk ulu sempena perasmian rumah baru. tapi respek dgn kemudahan, khemah, promosi. banner, acara-2 yg di janji kan semua ada. dan cara dia menyusun acara pun bagus supaya pengunjung tak balik awal. so tak puas hati dgn komen aku? sila beri komen korang klu nak bela penganjur karnival mcm diorang ni.


klu berjalan mengundur kebelakang camni lah jadi nyer....chiow dulu dah angin kang aku mencarut pulak....

gambar sekadar hiasan.
klu karnival mcm ni baru seronok....