Friday, September 17, 2010

Kenangan Berhari Raya Era 80an


Mula-mula aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca blog ni. Maaf zahir dan batin jika ada terasa dgn penulisan aku, hari raya tahun ni aku sambut seperti biasa, cuma rasa seronok tengok gelagat anak aku di hari raya, bagi isteri aku hari raya tahun ni amat memilukan kerna Ibu mertua aku tak dapat bersama kerna telah pergi selama nyer. Bagi aku ini tahun ke 3 aku beraya tanpa ayah. Itu lah perjanjian kita dengan Allah...yg hidup akan mati.

Hari raya ke 3 aku dah pulang ke kota. Walaupun sekejap tapi kemeriahan raya terasa bila berjumpa nenek dan sedara mara di kampung. Kepulangan aku sekeluarga di sambut dgn wajah ceria nenek. Itu pun dah puas bagi aku. Sedang aku duduk sendirian di anjung rumah berteman kan cahaya pelita dan bunyi mercun yang sahut menyahut tak putus-putus, aku teringat kenangan masa kecil beraya dulu. Banyak tradisi malam raya yg aku dah tak jumpa lagi. masih ingat lagi tak Mercun katak, mercun tarik, mercun buluh, mercun tanah, pergi takbir rumah ke rumah di malam raya, puas keliling satu kampung jalan raya untuk cari duit raya, lepas tu kumpul beli barang mainan atau main tikam-tikam....beli bunga api. Banyak sangat kenangan indah tak terkira. dan memang aku rindu semua tu. Dari awal puasa dah terasa keseronokan nyer dengan sembahyang terawih, moreh, berbuka puasa dan sahur. Dan menunggu ikatan janji oleh emak kalau puasa cukup dapat duit upah....hishh memang seronok.

Tapi sekarang banyak dah berubah oleh zaman. Budak-budak sekarang tak macam dulu...sibuk dengan siber cafe, FB, rempit, disko, game, internet. Aku rasa nak tengok anak aku gi main keliling kampung, main pasir, pergi beraya dengan kawan-kawan. Tapi tu semua tiada. dengan keadaan keselamatan yg kurang sekarang memburuk kan lagi keadaan.

KENANGAN MANIS AKU BERAYA ERA TAHUN 70-80an....

Kenangan Aku yg ingin aku kongsi kan dari mula bulan posa sampi lah ke hari raya. Oleh kerana keluarga aku susah, ayah aku ada mengambil upah membersih kan halaman rumah seperti mesen rumput, menebas lalang dan memcuci kawasan rumah di sekeliling kawasan tempat tinggal aku. Biasa nyer hari sabtu dan ahad sebab aku boleh tolong sama. Masa tu aku tak faham, selalu merungut kerana penat buat kerja semua tu..tapi sebab ayah garang aku turut kan jua. Walaupun penat bekerja di tengah panas...ayah tetap berpuasa..aku jer yg tak tahan..kadang2 curi minum air paip....sebab ayah dah pesan puasa walau macamana susah pun. Biasa lah masa tu...
umum puasa dan raya paling di tunggu-tunggu

Waktu berpuasa banyak dugaan, tapi kalau time sekolah biasa nyer aku puasa...sbb tak dapat duit belanja sekolah..duit cuma di beri waktu petang supaya aku dapat membeli "jajan" untuk di makan bila waktu berbuka. Dan bila berbuka masa tu semua masakan di masak oleh emak..waktu tu mana ada bazaar ramadan. Air paling Fav aku sirap biji selalih...
"jajan Fav aku..TORA!!!!!

Bila malam lah paling seronok sebab aku dapat lesen keluar rumah waktu malam untuk pergi sembahyang terawih..masa dulu bukan senang nak keluar malam...bukan mcm sekarang keluar tak balik-balik pun ada. Biasa nyer sembahyang terawih separuh jer..lepas tu lesap pi main mercun dan bunga api. Seronok sangat sampi ada masa baju aku berlubang kena mercun...waktu tu yg famous mercun tarik, katak, Thunder clap, mercun padi dan paling unggul mercun buluh. Habis tak cukup tanah lari di hambat ayah aku bila dia dapat tahu.
yg ni Fav aku...bakar 1 per 1

Bila time nak beli baju raya lah yang paling seronok. Selalu nyer 2-3 pasang aku dapat..dengan kasut baru, semua baru. Ayah kata tuu upah tolong mesin rumput semua. Tak sia-sia juga kan. Mak dan ayah juga sama...baju fav Ayah biasa nyer brand Depper sampi sekarang aku ingat.

Bila nak balik kampung pula...Ayah dah pesan esok bila ko dah besar ayah atau mak dah takder..ingat balik kampung tengok nenek dan atuk dan semua makcik-makcik kau...cari sedara-mara kita...jangan sombong..macam mana susah pun kena cari jalan dan duit untuk balik beraya di kampung. sama macam ayah. macam-macam kerja di buat nyer untuk belanja balik kampung. Di sebab kan kami tiada kereta dan ayah cuma ada motorsikal. kami biasa nyer nak bas, dari kajang ke Seremban ke Melaka. Seronok masa tu..cuma penat bawak beg yang berat. kadang-kadang kami sewa teksi pakcik jika dia ada hantar orang ke kuala lumpur. Biasa nyer aku akan balik awal..2-3 hari nak raya sebab ayah nak merasa puasa di kampung.



Bila ni kampung...keseronokan nak berhari raya mula terasa sangat. Rumah dah kecoh dgn acara buat kueh raya...tugas aku biasa nyer masuk kan kueh-kueh tu di dalam balang. masuk 3 keping satu masuk perut aku hehehehehe.....Bila dah sampi petang raya..tugas aku merebus ketupat...berair-air mata pedih menahan asap. dan Hidangan fav aku ketupat cecah sambal udang....pergh...sampai 4-5 biji ketupat aku sebat sekali makan...sampi lah sekarang sambal udang tu aku takkan miss. Lagu-lagu raya juga dah start berkumandang di corong-corong radio..lagi lah meriah...

Bila semua sepupu-sepapat aku dah mula sampai lagi lah kecoh rumah nenek aku. Riuh rendah. Dan yang paling aku rindu suasan sana di malam dan pagi raya di kampung aku dulu...Setelah selesai kenduri baca takbir aku akan joint sekali pergi rumah-rumah untuk takbir raya..malam tu saja habis keliling kampung kami pusing melaungkan takbir raya...ramai..kadang-kadang sampai 20-30 orang. Bila pagi raya selesai solat subuh...rumah nenek aku dah start budak-budak kampung serbu...nak salam di pagi raya..pagi giler tuu...selalu nyer anak2 orang susah dan miskin..sebab nenek aku, ayah dan semua makcik-pakcik aku akan bagi duit raya pada semua yg datang. Ayah ada pesan kalau mampu bagi jer..biar sikit pun takper janji sedekah. Setelah siap denga baju melayu raya..kami sekeluarga akan berkumpul ramai untuk konvoi berjalan kaki menuju ker kubur. hanya 1-2 makcik aku yg tinggal. jarak rumah nenek ke kubur ada dalam 1km..masa ni lah seronok dan indah nyer pagi raya..bila di petengahan jalan..kami akan bertembung dengan group-group dari keluarga lain pulak...kesudahan nyer berduyun-duyun berjalan kaki menuju ke kubur....alahai indah nyer suasana masa tu...Baru sekarang aku terasa sangat keindahan nyer.

Kini ayah pun dah takder...tapi aku masih mengekal kan tradisi-tradisi tu walaupun tak semua...Kehilangan mu ayah amat terasa, tapi aku redha dgn ketentuan Allah. Barulah aku ingat semua pesanan dan ajaran mu ayah...akan aku junjung selagi ada kudrat dan hayat ku..Alfatihah untuk mu ayah semoga Roh mu di cucuri rahmat. Amin.......

Lagu satu hari di hari raya dendangan M Nasir cukup menyentuh jiwa aku...bila lagu tu aku rasa nak sangat cium tangan ayah....

untuk yg dah lama tak balik kampung tengok mak ayah nenek atuk atau sanak saudara pulanglah..kepulangan mu di nantikan.
buat pembaca blog kongsi lah kenangan kamu di ruang komen yea, terima kasih.

Wednesday, July 14, 2010

Di gertak Gengster Kampung.......


Assalamulaikum...apa khabar pada yg mengikuti blog aku yg tak seberapa ni...dan tak ramai pengikut...tapi takper..aku menulis bukan untuk publisiti cuma untuk berkongsi pengalaman hidup dalam perniagaan, harap korang pun kongsi sama.

hahaaa..mesti korang teruja dgn topik kali ni kan? hahaha aku nak citer pun lawak, Gengster kampung....sama macam dalam citer bujang lapok. cuter dia macam ni..aku dgn kawan aku pergilah ke 1 tapak meniaga baru yg tgh hot sekarang ni atas pelawaan rakan niaga aku yg ada khemah kosong untuk di sewa harian. 1 hari RM 50. ok lah..aku ambik 2 hari untuk 2 khemah. sama macam kawan aku. so kami duk bersebelahan, nampak gerai kami besar dan selesa. Dari awal aku susun barang aku dapat rasa ada mata-mata liar yg merah tgk khemah kami. biasa org baru masuk...khemah besar pulak..ada lah yg iri hati. PHD melayu biasa lah tu. Aku buat bodo jer..meniaga seperti biasa sebab aku rasa tak salah. aku bayar tapak bukan main redah jew.

Hari ke2 tiba-tiba aku didatangi oleh seorang boleh aku panggil BUDAK Mentah lah...dgn takder salam..terus sound aku " Bang khemah ni abg punya ker? " Bukan..penganjur yg punya" jwb aku selamba...Abang dah bayar ker sewa khemah ni? Dah..bayar..jwb aku lagi. " kat sapa abg bayar? saya tak terima pun? " abg bayar kat owner khemah lah dik..dia tak dapat datang so abg ganti tempat dia. " Tak boleh camni bang kena bayar kat ogernizer jugak." khemah kami ni! " " camner lak nak bayar kat awak..owner dah bayar sewa RM 500 sebulan... dia tak dapat dtg so abg ganti..abg bayar kat dia lah..sbb ni tapak dia. Kalau abg bayar kat adik Rugi lah owner khemah ni..betul tak? jwb aku tegas.." tak boleh camtu...kena bayar kat kami jugak..kalau tak abg kena tutup ni...! APA? TUTUP? ok ko panggil kepala ko skrg jugak...aku bukan sebulan dua berniaga ..tapi dah 4 tahun tak pernah pulak aku dgr undang2 mcm ni..danau kota pun tak macam ni..apa lagi tapak ko ni? Ko panggil sekarang jugak..aku boleh tutup tapi nak jumpa sapa kepala ko kat sini....." aku mula angin satu badan..ni lah gengster melayu kampung...ingat aku ni adik2 dia ker?

datang lah sorang lagi ker khemah aku. tanya aku sapa. lepas 10 min.." sorry bang, abg leh niaga..tapi lain kali kena sewa dgn kami jer..dgn owner tak boleh. " aik kenpa lak tak leh..mcm tu untung giler lah korang, dah kutip dgn owner..dgn rambo mcm aku nak kutip lagi? kata nak tolong peniaga melayu? ni melingkup peniaga ..dah lah yuran pendaftaran smpi RM 2k. aku cuma nak cover owner kedai sbb tak dapat datang. " sergah aku balik tak puas hati...dan di balas dgn senyap sunyi...peniaga lain hanya melihat saja. lepas dah settle semua..baru 2-3 peniaga dtg bertanya kenapa...ermm aku jawab..gurau adik beradik jer...

Sekarang ni aku dgr dah kecoh kat tapak meniaga tu..sebab organizer banyak songel...semua tak boleh, nak meniaga tapi rasa mcm duk kat high school lagik. cara bercakap dgn peniga pun kurang ajar. Banyak undang2 yg menindas. dan aku dapat tahu peniaga kat sana nak mogok lepas raya. tinggal kan tapak tu...Bagi aku penganjur2 downtown atau mana2 karnival ni kena jaga peniaga2 seperti kami ni. sbb kami ni customer kamu. kalau tiada peniaga apa jadi dgn tapak tu.. so ingat jgn ingat kami ni peniaga BODO...ikut saja kata penganjur cekik darah.

ni lah melayu lancau melayu.....

bagi peniaga2 kat luar sana...ni lah antara masaalah yg akan di lalui.. jgn takut atau gentar..kita ada hak.. dan diorang perlu kan kita...

Sunday, July 4, 2010

Dont cry for me Argentina...!!!!!! waaa..aa aa aa

Maybe lambat bagi aku nak buat topic ni.....semua sbb layan piala dunia lah....hari-2 tido lambat..4 tahun sekali cukup menarik seluruh peminat bola!!! aku rasa klu ada planet lain yg dapat tgk pun depa layan....musim ni juga peluang peniaga kedai makan, kedai mamak.....cari duit lebih..berbekal kan..TV besar 2-3 biji siaran astro dan untuk budget lebih..SCREEN BESAR...dan penambahan meja-meja makan...cukup menarik peminat2 bola datang menjamu selera dgn rakan2 sambil layan piala dunia.....
stadium2 piala dunia Africa

Masa aku balik melaka last week....hampir semua kedai yg terletak di tepi jalan ada TV besar atau SCREEN BESAR...seronok tgk depa semua berniaga...tapi service kena lah cepat..payment pun bayar dulu, jgn tunggu habis bola..alamat nyer...ramai yg lari lah...Disini kita boleh lihat teknologi dan peluang boleh bagi kita keuntungan jika pandai di gunakan...kena lah berbelanja sikit...untuk dapat pulangan lebih. Bagi aku di downtown juga seronok...lagi best kalau downtown yg ada sediakan SCREEN BESAR tentu ramai yg datang...penganjur pun kena lah bagi bonus sikit. pada depa semua selamat berniaga di musim gila bola ni...dan lepas ni pulak ramadhan menjelma...peluang buat pahala dan tambah rezeki...so dah prepare kew? klu belum baik buat skrg takut2 tertinggal pulak...

Untuk team pilihan aku sejak 1990 Argentina...takper lah nanti cuba lagi...biasa lah adat ada kalah dan menang...tapi 4-0...ish ish ish teruk betull..masa game aku siap pakai jersi..berbaldi-baldi kena kutuk...senyap jer lah...semangat kesukanan..tahniah pada German..bagi aku klu depa leh kalah kan argentina..depa boleh jadi juara tahun ni...ok chow chin chow...
*gunakan peluang yg datang sekali sekala dgn bijak..........

Saturday, June 19, 2010

MLM oh MLM - maju atau melingkup !!!!


Alhamdulillah rezeki minggu agak lumayan bagi aku, biasa lah meniaga ni ada pasang surut..tapi dgn cuaca yg baik dan musim cuti sekolah ni bagi peluang yg baik kat aku. Penat2 aku habis mengemas di downtown sampai rumah balik terus bukak FB, mata ku merah menyala, hati aku panas! "kurang bijak" itu perkataan dari member aku setelah aku menolak pelawaan perniagaan MLM dia. Ciss memang cari pasal. Sebenar dah lama aku simpan dendam dgn MLM ni! rasa memang sampi nak bunuh org jer. Habis lah beribu duit aku kat skim CELAKA ni.

MLM atau multi level marketing.....Aku terjebak lebih kurang 4 tahun lepas. Setelah di asak berkali-kali dan mata di jamu dgn kemewahan kawan2, aku habis kan duit aku kat skim ni. "Tak payah jual barang! hari-hari dapat duit! cari org jer.. senanggggg....kata2 tu lh yg aku ingat sampai sekarang. Tapi setelah aku ada di dalam alam diorang ni baru lah aku tahu bagaimana sebenar nyer. Purata nya palsu dan boleh di katakan menganiaya org lain. Aku dapat bertahan selama 4-5 bulan jer. Bukan aku tak nak buat! pengalaman sbgai salesman kereta dulu boleh aku gunakan, cuma kena pandai bercakap dan yakin kan org, tapi aku rasa bersalah seolah2 menabur janji2 palsu. Kena pulak prospek yg dapat tuu dari org susah, yg benar-benar ingin senang dgn caa yg mudah kunun nyer.

Cara pendekatan depa pun amat agresif! klu tak nak masuk memang panas telinga kena kutuk! Cukup ker gaji ko skrg? Ko tak nak rasa ker pakai BMW? smpi bila nak pkai wira buruk ni? Ko ni 'kurang bijak" lah...org nak tolong ni...tak nak ker? Sampai bila nak jadi kuli? itu lah antara solan cemuhan yg akan di lontarkan jika kita menolak.

Aku juga pernah terkena, mula2 ajak minum lama tak jumpa....nak borak2...last2 bukak citer MLM...lepas tuu guna kan diri kita untuk tackle kawan-kawan kita pulak. mcm setup..smpi skrg aku rasa malu dan menyesal sbb kawan aku terkena. nasib baik dia dan maafkan aku. Terdesak betul ajen2 MLM ni...

Kekayaan yg di tunjuk kan bukan semua nyer tulen. Ada yg pkai keta kecik dari aku... dan ada yg makan minum dari hasil bini bekerja! dah berhenti nak buat fulltime MLm. ada yg sanggup jual tanah! cagar geran nak beli BMW sbb nak tunjk kunun nyer dah berjaya! Bullshit lah! kadang nak belanja minum pun susah. sbb dlm poket ada ckup2 makan jer...gaya saja lebih.

Memang ada yg berjaya! tapi fikir tak duit apa yg kamu makan tu? hasil usaha org lain? dan peratusan yg berjaya dan gagal berapa nisbah nyer. aku berani cakap 1/10. Ramai juga yg merana di sebab kan skim ni...pinjam loan beribu-ribu! sampai blacklist, muflis..biasa nyer kakitanga kerajaan sbb depa di gunakan sbb senang dapat loan. Dan banyak juga kes kawan bertahun-tahun tapi dah jadi musuh sampai dekat pun tak boleh! sbb semua MLM...

Fikirkan lah......klu sesuatu perkara itu banyak memudaratkan dari menyenang kan apa hukum nyer.? klu korang di dekati ajen2 MLM ni..tak kira lah abg adik ker, pak sedara ker, kawan sehidup semati ker...bagi jer jawapan ni " U PAKAI DUIT U DULU LAH, BILA I DAH KAYA I BAYAR BALIK DOUBLE OK? sure dia kata TAK BOLEH LAAAA. hahahaha peace... and to all MLM ajen GET A REAL N QUALITY LIFE laaaaaaa...

chow...rasa nyer ramai yg mata merah tgk blog aku ni kah kah kah kah.....dan diorang akan kata "camni lah ckp org tak berjaya" hahaha WTF aku berniaga lagi duit masuk hari hari......

by the way citer pasal kawan FB tadi...hahahah kena fire balik lah dengan aku " jgn suka2 kata orgn lain 'Kurang bijak" aku sekolah dulu bukan pakai duit kau pun. Faham!!!!

ni ada page panduan untuk anti MLM

http://www.facebook.com/pages/SAY-NO-TO-MLM

Thursday, June 17, 2010

Penganjur Oh karnival ! WTF !!!!

musim cuti sekolah ni memang banyak peluang berniaga, di mana-mana saja ada karnival rakyat di adakan. kat tepi pantai, atas bukit, mana - mana sajalah. Memang tak di nafikan kemunculan karnival atau pesta mcm ni menarik ramai pengunjung dan peniaga kecil-kecilan atau syarikat2 besar. bukan aku nak kondem lah tapi ini kenyataan. semenjak aku meniaga ni cuma beberapa karnival jer aku turut serta. Bukan nyer tak nak tapi pengalaman pahit di karnival mengajar aku.

Bila ada karnival berebut peniaga nak sertai walaupun kadang2 coz sewa nyer terlalu mahal. Sebab nak cari rezeki. Penganjur pun ambik peluang nak anjurkan mcm2 pesta. Tapi kadang2 ada di antara penganjur ni yg kaki kencheng. Karnival pertama aku di salah sebuah Felda di perak sempena hari bersama penduduk felda. Si penganjur ni janji mcm2, artis lah. pertunjukan bunga api lah, pameran motor lah. Last2 semua nyer takder. nasib baik penduduk kat situ sporting juga sbb byk membeli belah. kali kedua aku sertai karnival ni aku terkena teruk!!! di Golf Kinrara. Kunun byk acara, khemah dah penuh! ada artis, karoke...last last karoke jer yg ada. peniaga pun 3-4 kerat jer...banner pun hari karnival baru nak pasang! WTF..!!! memang takder org langsung. bila nak mintak duit sewa tapak mcm alasan di beri. MELAYU tuuu ..
Baru-baru ni member aku terkena jugak di salah satu karnival besar di tg karang. Khemah takder...lambat pasang, acara haram semua cancel. kunun masa nak ambik duit sewa mcm2 acara ..belon panas lah , bunga api lah MB dtg nak rasmi lah...cet semua takder.

So apa sebenar nyer aku nak bagitahu untuk para peniaga dan usahawan di sana yg teringgin nak masuk karnival-2 ni. selidik dulu apa yg di janji kan tu ader ker. penganjur ni ada duit ker? jgn kasi full payment bila register! kalau acara semua takder takyah bayar yg baki nyer. blah jer.. apa diorang ingat kita cap duit ker ! Penganjur-2 ni pun satu kami ni peniaga nak dtg cari rezeki, bayar sewa ribu-riban..tapi semua takder. Baru2 ni di putrajaya... ader ker Lampu hari ke 2 baru nak pasang..buat malu jer..kata karnival besar PM rasmi...pun sama jugak.
Jangan lah aniaya kami sebagai peniaga kecil ni...jgn sampai buku bertemu dgn ruas..baru tahu...

Sekarang ni tmpat yg aku berniaga pun penganjur buat bodo jer...takder promosi, khemah rosak, koyak, lambat pasang khemah...biokrasi. tahu nak duit sewa jer..tak fikir cara mcm mana nak maju lagi...dah ada saingan pun buat bodo jer..mmg di lahir kan bodo kut. bebal. Kalau korang buat camni sampai bila2 lah bangsa kita ni tak maju.....tgk bangsa lain buat. aku pernah ikut sekali depa buat karnival kat ceruk ulu sempena perasmian rumah baru. tapi respek dgn kemudahan, khemah, promosi. banner, acara-2 yg di janji kan semua ada. dan cara dia menyusun acara pun bagus supaya pengunjung tak balik awal. so tak puas hati dgn komen aku? sila beri komen korang klu nak bela penganjur karnival mcm diorang ni.


klu berjalan mengundur kebelakang camni lah jadi nyer....chiow dulu dah angin kang aku mencarut pulak....

gambar sekadar hiasan.
klu karnival mcm ni baru seronok....

Thursday, June 3, 2010

Idea Idea Idea brg baru arkhhhh!!! ponin kepalo..


Tengah aku menyedut asap musibat (rokok) ke kerongkong lalu ke dada aku...aku dok memikirkan apa next plan aku nak jual. Almaklum lah.. sekejap jer kita ada idea baru org dah cilok...baikk...punya cilok..Aku dok imbas balik masa aku umur awal 20an dulu...apa yg aku suka sampai sekarang masih ada lagi. Dari sebatang rokok..masuk 2 btg..siap dgn nescafe O lagi di hidang oleh isteri ter cinta. Aku dok mengemas sikit kotak dari barang aku masa bujang dulu...perh..ada lah dalam 4-5 kotak.

Tiba-tiba aku terpandang satu barang. aku dok belek-belek...cantik lagi.. Passion aku mula terangsang!!! mata aku tertumpu pada satu arah. Haaa...herppp....bukan itu lah ingat Biru jer korang ni. Sebenar nyer tangan aku memegang satu beg yang penuh dengan Model Kits aku...masih tersimpan elok. Bagi yg tak tahu..Model Kits ni kira Big Boy Toys. sbb harga dia mahal...Model kits yg aku simpan robot2 GUNDAM dan Jet-jet pejuang. Aku mula terfikir...ini minat aku ...dan aku ada knowledge pasal benda ni...tak salah jika aku jadikan produk baru aku...yessssssss....... setelah 3 bth rokok..NeF O dan sedikit peluh aku dapat idea baru...Aku nk jual Set2 Model Kits. dan kali ni aku nak buat di jalanan dan Online...hehehe nak tgk tak barang nyer....tunggu,

begini lah jadi peniaga,kita kena peka dan sentiasa mencari idea2 baru untuk maju kan perniagaan. Supaya barang kita tak luput dek maso....

anniversary ker 4 tahun....




smile......smile....and rileks lah bro...

Assalamulaikum dan slmt sejahtera. hai jumpa semula geng2 blog. lama jugak aku rileks dari blogging ni sbb kemaruk dgn FB, hehehehe...dapat jmpa geng-geng sekolah lama..seronok lah.

6 June genap 4 tahun usia perkahwinan aku. walaupun masih muda, tapi pelbagai rintangan aku dah tempuh bersama isteri aku...alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Biasa lah " sedang kan lidah lagi kan tergigit ni pula suami ister. gaduh kecik2 tuu....biasa..lagi tambah sayang. cuma kena ada tolak ansur, yg lelaki jgn Ego sgt, dan yg isteri jgn cemburu sgt.

Kali ni aku bawak family jalan di genting, seronok jugak dah lama tak gi sana. Perjalanan dgn kereta separuh jer lepas tu ambik kabel car di awana sbb skyway genting tutup pulak untuk maintenance. Seronok tgk anak yg semakin membesar, rasa cepat sgt masa berlalu.
Walaupun aku hanya menjalan kan perniagaan kecik-kecilan...tapi alhamdulillah ada rezeki dari nyer cukup untuk makan minum, belanja, bil dan simpanan.

Perniagaan aku juga semakin berkembang, kini pelbagai produk baru aku tambah. tapi liku nyer tetap ada. Baru-baru ni tah macam mana aku naik marah setelah 3 tahun tersimpan. Ni semua kes peniaga tiru barang, berniaga mcm dia sorang nak untung, kes-kes yg kalau aku cerita pun korang geram. tapi aku masih dapat kawal lagi emosi....dan anggap ni semua dugaan. Aku sahut dgn beberapa idea baru untuk berniaga. nanti aku citer untuk produk ni yea. buat apa nak senak kepala pikir pasal org mcm ni..baik aku simpan untuk idea2 baru.

So sesipa yg nak berniaga terus kan tapi beretika lah sikit. jangan lah potong barang dan harga kawan2.....tikam belakang. memang ini semua saingan. tapi ingat jika anda mula kan perang harga atau barang siap sedia org lain juga akan balas serangan anda heheheheh u start the war and u will suffer.!!!!!! JUST BRING IT SUCKER....!!!!

Sunday, April 18, 2010

Business planning For RAMADHAN..coming soon




Sekarang dah bulan 4... tak lama lagi kita akan menyambut bulan mulia Ramadhan. Bulan yang penuh makna, penuh dengan kebaikkan, menguji kita dari semua aspek. Bulan ini juga banyak menguji dan memberi rahmat pada aku sebagai peniaga jalanan. Murah rezeki maa ni, jika ikhlas berniaga lagi murah..... Aku ada masa 4 bulan lagi untuk merancang apa yg perlu di buat. Tahun lepas aku meniaga malam sampai ke subuh sahaja, tapi tahun ni aku merancang nak berniaga dari pasar juadah ramadhan sampai lah ke downtown dinihari. Bukan nyer tamak..tapi aku mencari rezeki dengan berniaga, terpaksa cari peluang yang ada, terawih juga aku nak cuba habis kan semua nyer. bukan macamyg makan gaji... dapat gaji tetap tiap-tiap bulan...aku tak tentu..kadang-kadang sikit..kadang-kadang banyak... syukur pada nya, mcm mlm ni lepas siap kemas brg di Dtown...hujan pun datang dgn ribut. habis barang basah dan ada yg rosak..tapi tuu semua dugaan, silap aku jugak..tak bawak kanvas lebih untuk tutup. itu lah cobaan dan perjalanan peniaga macam aku.


Aku dah list kan barang-barang...untuk projek ramadhan aku. macam mana konsep nak buat, harga, promosi... dan barang yg MELATOP!!! mesti korang heran kan. peniaga standard tepi jalan macam aku pun nak buat macam ni...hehehe.. itulah kesilapan nyer..biar kita berfikir dan buat sesuatu dgn ada rancangan. Supaya hasil nyer lumayan dan pemikiran kita sentiasa di depan dari org lain.

B
ukan apa, masa tiba ramadhan jer aku tgk tmpat Dtown
aku meniaga penuh dgn peniaga cendawan (berniaga masa ramadhan jerrr...) tak salah.. suka tgk ramai peniaga.. jadi lagi meriah suasana. Tapi aku dah dok perhatikan... tiap-tiap tahun barang yang sama jadi pilihan. Tudung, selendang, jeans memang lah ni barang bermusim. Tapi aku tgk sbb ramai sgt jual barang yg sama... hasil nyer tak seberapa, dan peniaga terpaksa main harga barang. Kalau yg dtg dgn stock banyak ok lah... kalau yg part timer...habis bungkus takleh beat harga depa. Buat lah sesuatu yang lain sikit.. ada konsep dan menarik..ni dtg dgn bukak satu meja jer..barang kuantiti leh kira dgn jari.. mana ada mood customer nak membeli.


Nak raya kita mesti peka dgn mood customer... banyak kan pilihan barang, hias sikit kedai. pasang lagu-lagu raya... baru lah ngam.....kan. So aku pun dah dapat idea apa konsep aku..dan apa barang yg aku nak pump lebih..hehehe tak leh bagitahu..penat pala hutak aku memikir... korang pikir sendiri ler.. apa nak buat, ini lah di katakan marketing strategy. Itu jer aku leh kongsi dgn korang.... doa kan aku berjaya dan aku juga doa kan apa-apa juga usaha korang tu . OK waa chow dulu.....



Nikmati lah rahmat ramadhan....mencari rezeki halal dan bersedekah serta beramal.....

gambar ehsan dari google

Saturday, April 17, 2010

Kereta kancil ku Rosak!!! nasib baik......ada....

Kejadian terjadi semasa aku pulang dari meniaga di cyberjaya...tiba-tiba temp keta naik mendadak...nasib baik aku perasan...cepat-cepat ke tepi jalan. Aku duk periksa apa kerosakkan..bukan nyer pandai tapi tahu lah sikit basic nyer problem. Rupa-rupa nyer kipas compressor tak berfungsi. Aku rileks kejap..hisap sebatang rokok..fikir camner nak buat ni..nak repair pun aku takder spare part sekarang, aku call agent insuran keta aku en munir. " Bro..insuran keta aku ada cover towing Free tak? keta sangkut tepi jalan ler.." " Ada..call jer customer service..tapi nak tgk millage dulu..free ker kena bayar.." Ok..! aku call customer service...Yer encik..yup keta encik cover untuk towing free..dalam 15 min tow truck akan sampai. Ok bagus......

Keta aku di towing sampai ker rumah dalam jam 6.00 pm. Nasib baik sempat aku nak berniaga malam pulak, kena pakai keta lagi satu lah. Aku cuma bayar duit toll jer...tapi aku sedekah bagi RM10 kat budak tuu...sbb dia baik..dan sopan.
Ada antara kita yang tak perasan kemudahan towing Free dari insuran. Kalau pakai towing lain kena dalam RM 80 keatas..so save duit sikit untuk repair keta. Tapi towing service ni cover untuk RM 100 jer kalau lebih kita kena tambah. Ok lah tu kan. So jgn panik bila keta anda rosak..atau eksiden. Ni ada tips sikit aku nak kongsi..

nak beli insuran keta tanya dulu apa perkhidmatan yg sediakan.
ni no ejen insuran aku...en munir ( 019 - 3700358)


bila kereta rosak, eksiden di tepi jalan apa yg perlu di buat.!!!

1- parking kereta anda di bahu jalan.
2- suruh semua penumpang termasuk anda keluar dari kereta dan tunggu di bahu jalan. (belakang divider)
3- pasang lampu hazard.
4- telefon pihak insuran dan dapat kan khidmat towing.
5- Pasti kan hanya tow truck dari pihak insuran anda yg tow kereta anda (dapatkan no plate dari insuran)
6- Pedulikan tow truck yg tak berkenaan. (ULAT)

7- pasti kan workshop anda hantar KERETA di luluskan dari pihak insuran.
8- buat report polis (eksiden) dalam masa 24 jam.
9- kalau ada kecerdaan caal Ambulance

Thursday, April 15, 2010

Beli Kereta, Jual Kereta...untung atau tidak...???



Beli kereta Baru..memang seronok....macam dalam lagu " ku pandu kekiri ku pandu kekanan.. kemana sahaja.." dan itu tanda ada peningkatan dalam kewangan kita. Tapi beli kereta juga boleh membuat kan kita senak otak dan perut. Pengalaman aku menjadi salesman kereta selama 3 tahun banyak mengajar aku..dan aku nak kongsi dengan pembaca.


Banyak sebenar tips-tips nak beli kereta baru atau pun 2nd hand, kira baru lah tu sebab kita baru beli..MASA aku jadi selasman bermacam-macam ragam yg aku jumpa. nak gelak ada, kesian pun ada. Tapi aku nak kongsi satu cerita... customer aku dulu. Masa dia datang nak beli kereta dengan aku.. dia ada kereta lama yg nak trade-in. Aku tengok keta dalam keadaan standart. Cantik dan kemas. Tapi kereta dia agak kurang popular. Populariti sesebuah jenis atau jenama kereta memain kan peranan penting. Aku call dealer used car ku...nyatakan kereta yg mahu di trade-in. "aiyakk.. aboy ini keleta susah mau juai lah aboy.... tarak famous. " Alaaa boss u datang dulu lah tgk.. kereta cantik saya check excident free..kaler original.. semua cantik lagi." ok lah boy saya datang tapi tak janji mahu angkat arr"
Aku termenung tgk customer yg tengah sibuk membelek model kereta yg hendak di beli nyer. ermm payah nak closed ni...bisik hati aku. " Encik kereta lama ada hutang bank lagi tak? saya nak tahu sebab nak buat calculation. " ader 1 tahun lagi lah boy..... Uiks kereta dia baru 5 tahun. ermm berduit dia ni..aku check dgn bank memang betul dan baki nyer tak banyak. Aku kira..kalau dia trade -in leh dapat extra duit lagi. ishh...terre dia ni. Aku pun korek cerita lagi. customer ni kat dia dah 4 kali tkar kereta...semua pakai 5 tahun jer maximum. Masa beli kereta yg pertama dia kumpul down payment banyak...dekat RM 15k. Oooo sebab tu baki hutang dia tak banyak...loan pun ambik 5 tahun jer. Ooo now aku faham dia pakai kereta tapi tak nak maintain... biasa lah lepas 5 tahun biasa nyer kereta akan meragam macam-macam. So dia jual semasa kereta tu dalam keadaan baik. dan harga trade-in kereta lama juga tinggi sebab keadaan dan faktor umur kereta. pandai dia ni. di pendek kan cerita segala urusan lancar....kereta lama jual kereta baru loan masuk pagi petang dah lulus....antara kes aku yg paling best.
anatara jenama kereta terbaru dalam pasasan negara

kalau korang faham maksud aku...kita beli kereta mesti ikut kemampuan bayar dan kegunaan kita. memang lah ada yg tak mampu. Tapi beli kereta sampai 9-10 tahun loan. jangka hayat kereta pun tu..tak sampai pun lama tu..(keadaan baik) bayang kan korang nak bayar loan keta nak maintain barang rosak lagi....Now aku dengar kerajaan pun dah nak mansuhkan loan 9-10 tahun ni sebab tak sesuai. Yg rugi sebenar nyer pembeli...9 tahun tanggung hutang dan interest. Nak jual tak boleh sebab hutang banyak lagi....dan kalau boleh jangalah amal kan Zero downpayment. letih oo esok nak bayar...


Nak jual kereta lama (trade-in) jga kena hati-hati, pasti kan panel used car, berapa harga kereta, follow-up setiap bulan sama ada used tu bayar tak baki hutang. Sesetengah used car tak settle terus hutang kereta lama di bank, mereka akan sambung bayar installment kita. Bila dah tak bayar, pihak bank akan cari kita...sebab perjanjian sewa beli kereta lama antara kita dan bank bukan dengan used car. Ini banyak terjadi...kawan aku sendiri kena last-last dia pi beli balik keta dia kat used car tu...bagi adik dia pakai. Lagi satu jangan lah percaya dengan selesman yg declare dia boleh buat document gaji palsu untuk lepas kan loan..that all bullshit. Bukan murah depa charge u..mahal..kalau tak lepas..burn macam tu jer. Bak kata pepatah "Pakai baju ikut badan sendiri" lah beb.... That all aku nak kongsi kali ni..pada yang dah terkena redha jer lah. Pada yang baru nak beli timbang-timbang lah nasihat aku yea...
pada salesman yang kaki kencing kat luar tuu...haram bagi anak bini makan oooo..... (tapi bukan semua salesman kaki kencing ada yg baik macam aku ekekekek)

aku list kan supaya korang senang tengok..

Tips-tips Mebeli kereta dan menjual kereta.

1- Pasti kan budget mengikut kemampuan berhutang.
2- Beli kereta mengikut kegunaan, bukan bermegah (kalau Jutawan tak kisah ler....)
3- Sediakan wang pendahuluan, kalau dapat banyak lagi bagus...
4- Jangan ambik jangka hutang terlalu lama maximum 5-7 tahun jer. Klu dapat less dr 5 tahun lagi cantik
5- Pasti kan semua documet kewangan dan peribadi untuk tujuan beli kereta jer..buat note sikit kat copy supaya document tak di ekplotasi kan
6- Jangan mudah terpedaya dengan janji " document saya leh buat kasi lulus bro tapi kena bayar" that all bullshit!!!!!!
7- Pasti kan bila menerima kereta dalam keadaan yang Perfect....
8- semak tempoh jaminan pengilang dan syarat-syarat nyer..
9- tanya jer apa-apa soalan tentang kereta yg dah di beli walaupun soalan bodo, kamu ada hak!
10- Buat lah price list shopping dulu..banding kan harga dan promosi..setiap pengeluar dan showroom tidak sama.

11- pastikan kereta trade-in anda dapat di tangan used car bertauliah. ( ada syarikat)
12- pastikan juga di mana lokasi kedai used car
13- jangan amal kan " Kereta sambung bayar" masaalah banyak di kemudian hari.
14- Buat follow up dgn bank tentang kereta trade-in sama ada dah settle ker atau masih berhutang...pasti kan di bayar setiap bulan. Jgn sampai 5 bulan used car tak bayar baru sedar.
15- pandu lah kereta berhati-hati...enjoy with ur new car.

16- Kereta adalah investment yg merugikan tak kira apa model sebab kereta susut nilai..tak sama seperti beli rumah beli 120k simpan 5 tahu dapat jual 250k..Untung....

model ini mempunyai nilai jual balik yang baik

Jenama dari Korea yg terkenal.

antara jenama idaman ramai BMW

gambar-gambar carian dari google

Tuesday, April 13, 2010

Seminit jer mummy.....

tawa riang nyer buat dady cair....

Hari ni aku berniaga sorang...customer pun ramai gak..Bz..aku 1 hari..hujan lebat pulak di cyberjaya...nasib baik dah well prepared. masa nak balik..ada sarang kerengger pulak jatuh atas keta..habis aku di gigit nyer..habis satu keta aku sembur penyembur serangga.

ingat malam nanti aku nak balik melaka tengok anak buah baru aku...tapi rasa letih sangat ..ahh tangguh esok ler..bawak family bahaya klu memandu mengantuk..

sampai rumah aku di sambut wife dan jeritan anak perempuan aku Nazurah. Aik ? kenapa blom mandi ni kakak? gi mandi? . Ahh.. jom mandi kakak...mummy buat buih nak tak? jom..lantas anak aku tersenyum dan berkata.".jap lah mummy, seminit jer mummy..seminit jer.." Aku dan naja berpandangan dan tegelak besar. Tah mana dia belajar tah cakap macam tuu...umur baru nak masuk 3 tahun..tapi bijak bercakap..dan dia faham apa yg di katakan. Itu lah rezeki kurnia dari allah...anak aku cerdik. Ramai yg puji dengan kepetahan dia bercakap. aku dan isteri juga selalu ajak dia berbual. bual kosong jer tanya jer apa-apa. dan selalu bukak kan TV rancangan untuk budak kecil. Paling seronok..dia suka tom-tom bak, macam-macam aznil dan Mr Bean.

ada satu lagi soalan spontan yg buat aku tergelak, Masa tengok program baby di astro..tiba tiba 1 soalan dari anak aku.."mummy dady..kakak nak baby..." errkk...aku dan naja terkedu..

Seronok dan indah nyer hidup semenjak kehadiran nyer. Thanks nazurah...dady sayang kakak....

*teringgin nak bawak nazurah tengok rancangan macam-macam aznil Live....

Monday, April 12, 2010

Pemergian mereka tanpa di duga.....Al-fatihah


sambil aku menyedut rokok...di temani cahaya lampu jalan terasa asap menusuk ke paru-paru aku...aku terkenang pada orang yang aku kasihi. Ayah dan ibu mertua ku....pemergian mereka menyentap kehidupan aku. Terasa bagai sebilah pisau menusuk perlahan ke tubuh aku...bisa nyer hingga akhir hayat aku. Tapi aku redha...ini semua ketentuan illahi...

Sebulan sebelum pemergian ayah...tiba-tiba dia menjemput aku kerja bersama nyer.." ko tolong ayah cari customer boleh? sambil belajar kerja-kerja di bengkel ayah " boleh? aku terpinga..err boleh ayah...tapi boy tak tahu tentang selok belok business ayah ni. sikit-sikit tahu lah " jawab aku.

Takper belajar lah...ko pun nak dapat anak nanti...belajar buat business." pujuk ayah. So aku pun mula bekerja dengan nyer....yang hairan nyer aku memang kurang rapat dgn ayah dari kecil kerana sikap tegas dan garang nyer..aku hanya rapat dgn ibu saja...tapi semenjak bekerja dengan nyer terasa amat rapat. Banyak yang di ajar nyer malah kami bertukar-tukar pendapat tentang business dan minat dalam modify kereta. aku terasa seronok sangat dan di tambah lagi tengah menunggu cahaya mata pertama.

Di tengah hari satu hari di hari jumaat...ayah mengajar aku memandu lori...seronok nyer..setelah selesai kerja...kami pulang ke bengkel untuk bersiap ke solat jumaat. aku terima arahan dari ayah agar pergi menjemput budak-budak kerja dulu di lokasi lain. Aku turuti...dalam perjalanan pulang aku dapat 1 panggilan telefon dari ibu..."Cepat balik ayah pengsan sekarang on the ke hospital" aku tergamam..lantas terus memecut laju ke hospital. Sampai di emergency wad..aku lihat ibu menangis..." ayah pengsan teruk " doktor tengah cuba tuu..." Ayah memang menhidap asmah...dan selalu ulang alik ke hospital..biasa nyer duduk 1 hari dah balik..dengan muka tersengeh dia.."ayah takder apa-apa..." tapi kali ni lain ayah mcm tak bermaya lagi...aku terus mengambil wuduk dan membaca surah yassin berkali-kali aku tak ingat. masa tuu otak aku kosong...sekosong kosong nyer.......

Ayah masih koma dan ditempat kan di wad ICU...bermacam usaha dah di buat doktor dan pihak keluarga aku. Aku hanya tidur di hospital sajer teman kan ayah...di bangku taman..surau dalam kereta..mana-mana jer aku redah...kadang di tepi laluan jer..sampai ada yg kesian tgk aku..Masuk seminggu ayah di ICU...doktor dtg memberi berita buruk pada aku sekeluarga..." Ayah kamu 50-50..kami dah usaha..tapi blom berhasil..dia masih terpaksa bergantung pada mesin hayat. Di sebabkan ayah pengsan terlalu lama kerana semput..dan oksigen tak sampai ker otak...banyak sel otak yang rosak..sebab tu ayah koma. " rasa gugur segala semangat aku...air mata aku berlinang tapi aku gagah kan juga...selagi ada nyawa ayah kami akan usaha doktor...

sehingga pada satu malam ketika aku menemani ayah di temani adik bongsu aku...aku terlena sekejap di dalam kereta...dan aku bermimpi..di datangi ayah..."jangan risau..ayah ok, dah sihat dah" aku tersenyum dan memeluk ayah erat...terasa seperti bukan mimpi..tiba-tiba aku di kejut kan dgn panggilan telefon. "cepat naik ayah tgh nazak" aku terus bergegas..memang ayah tengah nazak..lantas aku membaca kan yassin...belom sempat aku habis kan surah yassin...ayah telah pergi buat selama-lama nyer...tepat jam 4.20am. Aku lihat dunia ku kelam....semua kenangan bersama ayah mula terpancar di ingatan...dari aku kecil hingga lah dewasa...Oh ayah...mengapa ???? begitu awal...

Kini 4 tahun sudah berlalu..bengkel ayah pun dah di jual kerana aku tak boleh nak handle...rasa menyesal yang amat sangat....setiap detik aku terkenang kan dia...dan di dashboard kereta aku aku letak kan gambar nyer...rindu ayahhhhhhhh !!!!...semasa aku menaip topik ini pun air mata aku berlinang...aku redha...Allah lebih sayang kan dia...kini hidup aku sederhana dengan berniaga kecil-kecilan aku terus kan juga perjuangan ayah...berniaga menyara keluarga..

Bila aku terbaca kes dalam akhbar anak halau ayah, tak mengaku ayah dia, bunuh ayah...aku sedih..dimana kah kepala hotak diorang? tahu tak itu ayah kamu..ibu bapa kamu..dengar tak lagu arwah sudirman...ayah dan ibu???? ini lah dunia sekarang.....

semoga roh ayah di cucuri rahmat...maaf aku tak dapat nak ceritakan kisah arwah ibu mertua aku....sebab aku dah terasa sebak sgt.... Al-fatihah untuk mereka yg sudah pergi.....amin.

sayangi lah mereka, peluk cium lah mereka, sujud lah di kaki mereka selagi kamu ada peluang.....

Sunday, April 11, 2010

Memancing SEPIT BIRU..!!!

Tangkapan aku terbesar dan terberat setakat ini...KING udang Galah.

Seperti yang di janji kan aku akan memuatkan beberapa port memancing ikan dan udang dalam blog ini untuk panduan pada kaki-kaki pancing macam aku.
Ini lah kolam nyer

Kolam yang aku maksud kan Kolam memancing Udang Galah Kolam Kedai. Sebab biasa nyer kolam udang galah ni di tempat open atau kolam tanah, tapi yang aku jumpa di dalam kedai. So sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah pada masa lapang sambil mencuba nasib memancing udang galah.
kolam dalam kedai besar..dan bersih.

Kolam terletak di kawasan commercial Prima saujana kajang.Block kedai berhadapan pasaraya GIANT. senang jer nak cari..satu jer kolam kat situ. dan kolam ini di usahakan oleh usahawan MELAYU. So apalagi support lah bangsa kita berniaga. Kadar bayaran berpatutan. Rm 12 untk 1 jam 24 utk 2 jam dan jam berikut nyer tambah RM 10 setiap 1 jam. Promosi. Kira murah lah tuu..biasa nyer RM 15 1 jam. Ada juga untuk package keluarga dan Ladies Nite...mcm nite club daa....hehehe menarik kan.
ASTRO, minuman dan makanan juga ada di sediakan

Ermmm mesti korang tanya macam mana prestasi kolam ni kan ...udang banyak ker? besar ker? makan umpan ker? Kalau dah nama memancing, biasa lah kadang-kadang banyak...tapi memancing udang galah ni kena ada skill...tak serupa macam pancing udang harimau. Cara makan nyer lain. Sebab udang ni ada sepit. kalau nak tahu leh dtg terus tanya dengan owner....dia sudi mengajar.
Harga Promosi

Tapi jangan salah kan aku pulak bila tak dapat. kadang-kadang bila aku pi memancing ada kastemer yg tak sabar..merungut tak dapat hasil. dah cara nyer tak betul. memang lah tak dapat dan ini memancing bro...Bukan beli kat GIANT terus dapat..kan faham-faham jer lah.
Boleh beli Udang segar pada yg tak nak pancing

Jangan salah sangka..aku tak dapat commission pun jika korang pi kolam ni, aku sekadar membantu sesama bangsa mempromote business. bukan nak kondem...kan kan kan..
terpulang pada korang kat luar tuu menilai..
Joran dan umpan di sediakan. Free!!!

so selamat mencuba...dan jumpa aku nanti tgh memancing tegur-tegur lah...opss lupa biasa nyer kolam buka dari petang sampai pagi jika ada pelanggan. hari cuti buka dari tengahari sampai pagi.
hehehe antara hasil tangkapan.

Thursday, April 8, 2010

Akiviti memerah otak dan melepas kan tension

suasana kolam yg dingin menyambut aku...

setelah penat seharian di kaki lima berniaga..berjemur di tengah panas..bermandikan peluh..melayan ragam pelanggan..tak salah jika aku berhibur sejenak. Masa berhibur di disko, kelap malam dah berlalu....lama dah.Itu semua tinggal kenangan dan pengalaman, semenjak aku kawin aku beralih kepada hobi yang lebih matang dan lebih pada family. So aku pilih memancing...

rakan sepejuangan...dari.. http://rezdrake.blogspot.com/

Dulu aku tak berminat sgt dgn memancing ini. Acap kali di ajak oleh arwah ayah aku..yang memang kaki pancing...aku turut kan..tapi hanya memerhati jer..banyak ilmu dia yg aku tak dapat..rasa rugi...Minat aku datang setelah pemergian ayah secara mengejut. terasa rindu sangat pada ayah. Semasa aku mengemas barang arwah ayah aku terjumpa barang-barang pancing dia..beberapa batang joran dan satu beg penuh dengan alat-alat memancing. air mata aku berlinang..mengenangkan ayah..kalau lah aku dapat memancing dgn nyer hanya untuk sekali lagi...

rezeki kolam....

Aku mula berjinak dgn dunia pancing...semua nyer aku belajar sendiri..mula-mula aku ke kolam-kolam pancing melihat gelagat pemancing..berkawan dgn mereka..dan bertanya kan tips-tips..mula-mula nya hampa selalu nyer aku balik dgn tangan kosong...terlepas lah..joran rosak lah..mesin rosak lah...mcm2 dugaan. member-member yg asal kaki pancing pun turut membantu..sehinggalah..ikan pertama aku naik hahah siakap..rasa puas masa tarik dan bila ikan dapat di naikkan..ahhh patut lah arwah ayah aku dulu..sukakan nyer..


aksi tarik menarik berlaku.....arkh......feel nyer..

sehingglah sekarang..tapi aku hanya makan ikan air masin...kadang-kadang bila pi pancing ikan air tawar biasa nyer aku sedekah kan pd jiran-jiran and kawan-kawan. sekarang boleh di katakan..skill aku boleh lar...biasa lah dah nama memancing..kadang-kadang ada hasil kadang-kadang kosong..dankadang-kadang lumayan..bak kata mutiara " memancing bagai mencari benda yang hilang"...Rasa rindu pada ayah..terrasa bila pi memancing...

yang aku suka time pancing ni kita leh banyak berfikir...dan lepas kan tension ....
insyaallah..aku akan muat kat port-port kolam pancing yang menarik....
ada pics sikit layanz...



timbang hasil tangkapan..



Yang ini ver. pancing udang galah...nanti aku ceritakan...layan pics dulu kasi stim...


hasil tangkapan 802.6 gram (32 ekor)
yang hidup aku bela dalam quarium..ada 6 ekor..

yang ni paling besar..aku bagi nama BOB...