Monday, January 26, 2009

Balada Perniaga Jalanan (bab3) salesman.


"3 bulan aku memerhatikan salesman-salesman kat situ buat keje..banyak komisyen diorang. kadang-kadang sebulan sampai 3-4 ribu. aku mula menanam minat menjadi salesman"

hehehe tu sikit kisah hidup aku di awal masa habis persekolahan aku...yang lepas dah lepas..semua aku terima dengan redha. tapi pengalaman masa tuu iskhh betul lah orang kata ada orang putus cinta tertonggeng-tongeng..aku dah alami. selepas tu aku tak jumpa lagi ida..cuma merisik khabar dari jauh jer..tuu pun untuk setahun lepas tu aku dengar dia dah pindah. setelah 2 tahun aku tumpukan masa pada kerja, aku mula kan social life aku semula. oleh kerna opis aku terletak di jalan sultan ismail berdekatan dengan jln P.Ramlee, korang tahu lah area tu area apa...nite club, nite club, nite club...keluar jer opis..pilih jer..mana nak masuk.

aku mula berjinak dengan nite club, kemudian arak dan perempuan. tapi minum cuma untuk style jer. segelas pun tak habis...tu pun sekejap jer.lepas tu aku jelak. perempuan jgn citer lar..tukar-tukar jer. tapi yg satu prinsip aku pegang dan aku tak berani untuk ke bilik tidur. Banyak kali aku mengelak walaupun dah di offer. akhir nyer kecundang jugak...buaya mana tak tolak bangkai kan...tapi takyah lah aku citer panjang lebar....Tapi last-2 aku boring dengan hidup aku.

tentang kerja pula...company yg aku keje kena beli..aku kena VSS tahun 2000. dapat duit banyak..lepas tu takder keje. sebulan jugak aku mudar-mandir. last-last dapat offer keje di showroom jual kereta import. Kerja sebagai kerani dan runner. 3 bulan aku memerhatikan salesman-salesman kat situ buat keje..banyak komisyen diorang. kadang-kadang sebulan sampai 3-4 ribu. aku mula menanam minat menjadi salesman, aku mula belajar macam mana nak buat kira-kira, model kereta, cara layan pelanggan dan semua yang berkaitan.setelah aku yakin aku tanya kat boss aku " boss saya nak buat sales boleh tak? " boss aku merenung muka aku yg bersinar penuh minat. lama jugak...last-last ini yang dia jawab. " boleh! tapi dalam masa 3 bulan u kena jual 3 biji kereta setiap bulan boleh? kalau tak dapat u kena berhenti. sebab keje u nanti dah orang lain ambik pulak. " aku terkedu...erkkk....erkk...ok boss deal!!! aku nekad.


"tiba-tiba masuk seorang customer, dari pakaian memang aku tengok bukan strong prospek..dengan seluar pendek, t shirt pun yg free punya, wife dia pun sempoi..tapi takpa aku layan jer.Asslamulaikum encik dan puan, berminat cari kereta baru? aku memulakan berbualan"


awal minggu bulan pertama aku mula bertugas di showroom. showroom ada jadual, dalam seminggu ada 3 kali saja bertugas di showroom hari lain kena keluar cari prospek. sebelum tu aku dah ada list prospek customer, semua dari saudara-mara dan kawan-kawan. agak kekok juga nak explain pada customer tentang kereta yang aku sendiri tak pakai kereta. pada 1 hari aku bukak showroom awal, hari sabtu seingat aku, salesman lain semua tak datang lagi. tiba-tiba masuk seorang customer, dari pakaian memang aku tengok bukan strong prospek..dengan seluar pendek, t shirt pun yg free punya, wife dia pun sempoi..tapi takpa aku layan jer.Asslamulaikum encik dan puan, berminat cari kereta baru? aku memulakan berbualan.
"ermm...tengok-tengok dulu. " jawab dia ringkas. mata nya tertumpu pada sebuah kereta family. aku terus ambik flyers.

" Ok encik..nama saya sharol, kalau encik minat tengok kereta ni saya akan terangkan. aku pun mula bercerita dari A sampai Z. masuk kereta, keluar kereta, tengok enjin, bonet, fuel ekonomi, last aku tanya encik minat nak test drive. ? "boleh ker? tnya dia. "boleh kalau dekat-dekat sini jer.." sambil aku tengok boss yg bagi isyarat boleh. rupa-2 nyer boss aku dah datang dari tadi aku tak perasan, dok memerhati aku dari belakang. setelah selesai test drive, balik ker showroom, aku terangkan kan pula pasal pinjaman, downpayment dan bayaran bulanan. dia dengar dengan penuh minat. setelah selesai semua aku tanya lagi dengan penuh harapan, "macam mana encik, berminat ker? " dia jawab. " takpa saya balik dulu nanti saya fikirkan dulu dengan isteri saya. ok" kamu jangan risau." . ermm..rasa kecewa jugak tapi aku gagahkan juga.."



tiba-tiba handphone aku berdering. " assalamulaikum, en sharol ada? ni saya yang datang pagi tadi,

ok encik, takpa fikirlah dulu nanti call saya sambil aku menghulurkan kad aku..setelah tu..aku dok fikir..jadi ke tak...pening jugak..gaji dari RM 1000.00 masa jadi kerani dah turun RM 300.00 jer sebulan untuk salesman..cuma makan commision.kalau tak jual kereta mampus aku. aku tunggu sehingga petang, customer kuar masuk tengok model-model kereta. tiba-tiba handphone aku berdering. " assalamulaikum, en sharol ada? ni saya yang datang pagi tadi, nak datang petang ni nak bagi document dan duit downpayment. tapi boleh test drive lagi tak? saya bawak anak-anak pula..diorang nak naik.." haaaaa..alhamdulillah...boleh, boleh saya tunggu di showroom. jawab aku gembira. setelah selesai test drive, dia mula mengeluarkan wang..amboi banyak nyer berapa dia nak bagi ni? aku tertanya-tanya dalam hati. " saya nak letak downpatment RM 15k boleh? boleh..boleh ...saya kira kan sekarang.



Pertama kali dalam hidup aku merasa gaji 4-5k sebulan
itu lah kisah 1st customer aku. tak sangka-sangka. setelah seminggu kereta pun siap dan hantar pada customer. sejak tu aku mula meletak kan target aku mesti jual kereta sekurang-kurang nyer 3-4 buah sebulan. alhamdullilah..aku dapat maintain, kadang-kadang sampai 5-6 biji sebulan. boss aku senyum jer..Pertama kali dalam hidup aku merasa gaji 4-5k sebulan. aku bekerja di sana selama 3 tahun. aku dapat beli sebuah kereta 2nd hand, simpan duit sikit. tiap-tiap bulan aku jamu keluarga mak ayah aku adik-adik aku makan di tempat yang mewah.
aku mula di kenali...ramai customer aku. ada yang dari suami, isteri, anak, menantu dan sedara-mara semua sekeluarga jadi customer aku. aku tanam kan cara mesra pelanggan..apa yang aku buat after sales service..macam hantar service kereta, insurance kadang-kadang yg tak berkaitan dengan kereta pun aku tolong. Tapi nasib kita ni turun naik...setelah 3 tahun..ekonomi negara mula nampak kelembapan setelah pucuk pimpinan negara bertukar..faham maksud aku kan...kita sambung lagi..

sila beri komen anda..

No comments:

Post a Comment