Friday, August 28, 2009

Detik perubahan hidup ku....

anda perlu baca dari Bab 1 ......sila lihat dari bawah.



jawapan nyer....yaa setuju...di pendek kan cerita aku pun berkahwin dan sekarang dikurniakan seorang puteri bernama nazurah..perubahan hidup yg ketara bila di gelar seorang suami dan bapa.
pengalaman aku semasa di nikahkan..setelah perkataan "SAH" diucap...terasa tanggungjawab besar di pikul di bahu aku sekarang. tak sangka aku telah menjadi suami. renungan aku pada isteri ku mampu kah aku membina keluarga bahagia..pada yang sesiapa di luar sana mengalami apa yg aku alami pasti setuju. mula-mula tak di nafikan agak kekok bila persahabatan kita terbatas, aktiviti luar kita terbatas, duit perlu di agih-agih kan. tapi setelah comfirm isteri aku mengandung..semua yang bermain dalam fikiran telah tersusun secara automatic untuk aku laksanakan...antarajadi atau pun tidak. percaya lah korang akan alami. dan pengalaman semasa isteri dalam masa mengandung sangat menyeronokkan kan dan lucu.



Pernah wife aku mengidam makan mee goreng mamak dalam seminggu lebih. Dan perlu di beli di kedai yg sama..kedai lain takmo. sampaikan mamak tu pun dah kenal aku...asal aku sampai baru parking keta dia dah jerit..."mee goreng mamak pedas takmo sayur bungkus satoo....."
aku pula terpaksa makan di luar..sebab apa makanan tg aku beli wife aku takleh tengok dan rasa loya-loya...aduhh...dalam hati aku " nasib lah pembawakan budak" . Ada juga wife aku mengidam ala-ala barat pulak...nak makan muffin dan ayam kenny rogers...kfc, mc D aduh...nasib lah masa tuu poket penuh...tapi jangan terkejut..lelaki kadang-2 akan mengalami simpton mengidam jugak. Aku tak terkecuali...dlm lagi 2 bulan wife aku nak bersalin..tengah aku lepak sambil hisap rokok kat koridor tingkat 6 tiba-tiba aku teringat nak makan stimboat! tah mana datang aku pun tak tahu...jam dah pukul 12.30 am. mana ada kedai bukak lagi...fikiran aku melayang dan tak tenteram..air liur siap meleleh tuu...aduh..comfirm aku dah kena mengidam..tak tahu lah kesahihah nyer tapi itu lah kuasa allah. aku teringat kat kampung aku melaka ada kedai menjual yong taufu sup ala-ala stim boat..alamak jauh sangat...restoran jonny mesti dah tutup...arhhh tak kira nak jugak...Aku kejut kan isteri aku suruh bersiap, wife aku hanya terpinga-2 hanya menurut. semasa dalam kereta barulah aku ceritakan. dia gelak kan aku .." tulahh ingat saya sengaja mintak mee goreng mamak hari-2" . Aku merayau-rayau dengan kereta sekitar KL mengitai jika ada kedai yg bukak lagi...sah semua dah tutup. Takpelah esok ada aku memujuk hati yang frust sambil menyusuri jalan di depan SoGO. tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu benda..Yahooooooo...jumpa jerit aku membuat wife aku terkejut. STIMBOAT CUCUK JALANAN " di tepi sogo..tmpat aku lepak masa bujang dulu yg aku dah lupa. Setelah selesai bluprrr....alhamdulillah...berapa bang? RM 23 jer dik...jawab peniaga tu..wow banyak nyer aku makan...tak sedar. hehehe tercapai jugak mengidam aku. hahahha bila di kenang gelak aku. Tapi pada malam itu lah minda kau terbuka..masa aku makan tapi penuh di kelilingi pelangan yg nak menikmati stimboat..rasa ada dalam 10-15 orang. dan masa aku nak blah pun masih ramai lagi..aku terfikir berapa pendapatan Bro ni semalam dan sebulan ????


aku nak citer pulak pengalaman aku masa wife aku nak bersalin. Fuh..ini lah detik paling gembira dan paling cemas dalam hidup aku. Lagi 1 minggu dari tarikh yg di tetapkan doktor..kira jam 6 ptg..wife aku ajak pergi jusco kata boring nak jalan-jalan dan makan stimboat jonnny. aku tanya tak sakit ker perut awak..? tak jawab nyer selamber. Setelah selesai makan dan windows shopping..kami sampai ke rumah dalam jam 11.30 malam. aku tanya lagi ada rasa nak keluar ker? takder...selamba jawab nyer. hati aku tak tenteram betul malam tu. tengah aku dok layan PS2 aku..tiba-tiba. Dear...dah pecah...dahhh....satu jeritan dari dalam bilik. HAAAA perut dah pecah !!!!! aku panik giler..! ala...jadi duda lah aku....macam-macam yang aku fikirkan..BUKAN LAH..AIR KETUMBAN YG PECAH.! APALAH U NI! fuhhh lega aku sekejap..aku terus start kerete yg telah tersedia dengan minyak full tank dan segala bag keperluan untuk di hospital. Ingat ni tips untuk para future father...prepare awal sebab kita tak jangka akan belaku. aku terus memecut ke HUKM yg terletak lebih kurang 10km dari rumah aku. dalam 10 minit aku pun sampai..masa tu tak tengok berapa aku pecut. Masuk terus bilik bersalin. Rupa nyer banyak bilik bersalin dalam tu dalam 5 bilik di bahagi oleh dinding nipis. Dari 12.45 sampai jam 6.30 pagi wife aku mengerang kesakitan. masa tu...kesian aku tengok. dan satu silap aku sebab aku ambil mudah kelas pernafasan untuk ibu masa bersalin yang tak kami hadiri..benda ni penting untuk fistbaby sebab susah nak meneran sambil nak kawal pernafasan. Nasib baik wife aku berajaya. Alhamdullilah...syukur...lahir lah puteri aku ke dunia dan di beri nama SAIDATUL NAZURAH.
perasaan lega dan syukur aku pada allah. merenung mata puteri aku...shadu aku di pagi hari...
Maka bergelar lah aku seorang bapa....dan mencabar lagi lah kehidupan yang akan mendatang..


>jika kamu ada komen sila klik di bawah yea thanks,....akan bersambung...

2 comments:

  1. syahdu aku baca.. thanx for sharing life ko bro.. :). Suka penulisan sengal ko tu.. memang mantap.. jgn lupa update blog ko lagi :)

    ReplyDelete
  2. haha saja jer rizal...buat lepas tension..
    blog hang lagi hebat...

    ReplyDelete