Friday, December 11, 2009

Balada peniaga Melayu

assalamulaikum..sahabat-sahabat...setelah lama aku tinggal kan blog ini tergerak pulak aku nak menulis semua..tapi bukan sambungan kisah dulu tapi apa yang ingin aku kupas-kupas kan macam kupas limau tentang balada peniaga kecil-kecilan.

aku salah seorang dari mereka dari beribu-ribu peniaga kecil-kecilan di luar sana. yg di pasar malam , tepi-tepi jalan dan di mana-mana. pengalaman aku kecil saja baru 4 tahanu berkecimpung dalam meniaga kecil-kecilan dan meniaga kuih hingga lah sekarang berniaga bermacam-macam barang. yang ingin aku pupas tentang 2 perkara hari ni masaalah peniaga kecil-kecilan menghadapi pelanggan yang terlebih pandai dan untuk peniaga yang ingin baru menceburi bidang ini tak kira parttime atau fulltime.

Terlebih pandai.
dalam 2 minggu lepas aku berniaga di salah Universiti terbesar dan tertua di Malaysia. setelah selesai menyusun barang aku duduk menunggu customer sambil menyedul sebatang rokok. Rata-rata customer di sana baru aku kenali kerana aku baru 4 kali berniaga disana...aku ditemani rakan sepejuagan aku yg menjual Jam-jam tangan. 2 hari kami disana jualan alhamdullillah merangsangkan walaupun tak sepert yg di harapkan. rata-rata customer spotting. Tapi ada 2 customers yang nak aku kupas sikit. terpulang pada sahabat pembaca menilai nyer. Customer yg pertama datang dalam masa makan tghari. sambil melihat barang-barang jualan tiba-tiba dia terhenti di meja member aku. melihat jam-jam repilca atau tiruan . Sambil memangdang sinis dia mengambil seutas jam lalu berkata " Wah ..ini Ori ker? berapa U jual? hahahah sambl gelak kecil. aku tengok jer gelagat dia. member aku pun jawab " ini bukan ori bang replica tapi qualiti baik yg ori mahal dalam berbelas ribu..." dia jawab balik . OOOoo..i pakai ORI ni macam mana mahu beza dengan barang mcm u jual ni...soalan yg menyakitkan hati kami. member aku terus jawab" U pakai ORI u bagitahu sayalah apa beza dia! saya tak tahu . klu u pandai u bagitahu saya lah. Dia terus tergamam dgn jawapan member aku yg agak keras..aku pun yg jawab jugak..tapi aku tengok jer..customer tu terus letak balik jam tu dan beredar perlahan-lahan.
bagi aku walaupun u pakai ori jangan lah pandang sinis kat kami..kami hanya menjual barang untuk customer yang ingin membeli...kalau u taknak beli jangan lah kutuk..nasib u baik hidup senang leh belanja mewah..jangan dah ada di atas lupa org mcm kami di bawah..klu kami jatuh pun tak sakit kalau u jatuh dari atas boleh mati tau. Lagi satu soalan dia yg menunjuk kan kebodohan nyer.." Jam ni boleh kena air ker? bawak mandi boleh? "
member aku jawab " encik kenapa nak mandi pakai Jam? " aku terus tersedak dengar jawapan dia hahahahah sengal......

customer yg kedua ...kami jumpa ketika dah nak balik hari kedua. Dia datang satu family..ister dia terus menerpa kearah meja kami..eeiii banh cantik nyer barang kat sini..lampu, jam tangan . sambil dia terus mengambil seutas jam. Suami nyer dari belakang gaya mewah mcm pensyarah, pakai songkok...datang dan berkata " Dah Dah takpayah tengok - tengok jam-jam ni semua beli dari pemborong Jam kat KL abang tahu mana nak beli tak beli kat sini" dengan nada yang kuat. bagi aku lah macamana melayu nak maju klu bangsa sendiri tak tolong. tengok bangsa lain support bangsa mereka. kalau u taknak beli pun jangan la cakap macam tu depan peniaga. kami pun ada hati . kami meniaga pun nak sara keluarga. kami bukan jual dadah, heroin extacy ker..jual barang Halal. jangan sebab kamu dah senang lupa orang mcm kami. kami ni penyumbang kecil juga perkembangan ekonomi negara. dan aku nak tengok klu kat pemborong tu leh layan klu u leh beli satu jer..silap-silap dia jual lagi mahal dari kami. jam tu harga RM 40 hengger jer kami jual.
alaaa hai...tapi bukan semua melayu mcm dia...tapi orang yg mcm ni yg tak nak kita jumpa.

Yg terlebih pandai mcm ni selalu kena tipu...kenapa ? renungkan lah...

Peniaga Baru Full or part time.

semalam aku berniaga di area KL . sebelah aku ada seorang pakcik pencen yang jual barang komputer. bagus jugak lain dari yang lain. Jualan di sana pun memberangsang kan . Rata-rata customers semua sporting dan suppot kami peniaga kecil. aku berkenalan dengan seorang staff di sana yg sering mudar-mandir di kawasan kami berniaga. Aku tegur dia. " tak kerja ker dik? " Dah selesai bang...saja jalan-jalan tengok abg-abg berniaga kat sini. seronok..jer. kan. " ala dik biasa jer...mcm ni lah kami takder kerja tetap mcm adik" cukup-cukup makan jer. " jawap aku merendah diri. " ehh bang jadi mcm abang ni lah masukk...hari-hari ada cash. mcm kami ni kena tunggu gaji. baru dapat 4-5 hari dah habis.
Saya pun ada berniaga bang tapi malam....kadang-kadang bagi kawan jaga" Berniaga apa? soal aku hairan..." jaul aisblended bang" tapi susah la bang...susah cari tempat, kadang tak boleh pusing modal...tapi alhamdulillah lah. klu nak harap gaji saya jer tak makan bang hidup kat KL ni. rasa nak berhenti keje jer...buat Fulltime.
Aku terdiam memikirkan sejenak mcm mana nak tolong mamat ni. " Mcm ni dik..Kl ni banyak tempat berniaga..banyak sangat cuma kita jer tak tahu..benda tak datang bergolek..adik kena ramai kawan..bergaul dengan peniaga-peniaga kecil mcm saya ni ..insyaallah banyak yg adik akan dapat nanti. Tengok mcm pendatang mana-mana pun diorang ada..rata-rata ramai yg berniga..kenapa diorang boleh berniaga di bumi kita tapi kita tak boleh>? Lagi satu bila pergi berniaga tanamkan ingatan rezeki tuu datang dari tuhan...jangan brdengki..kianat. klu boleh mana-2 adik pergi berniaga cari kawan-2 baru..jangan cari lawan..tapi berkawan pun ada batas..di luar sana ada mcm-2 ragam orang yg kita tak tahu.." lama jugak aku berborak dgn mamat ni . Last sekali aku bagi dia semangat untuk berniaga.." adik ada keje tetap jangan berhenti sekarang Ekonomi kita tengah senak..ramai yg kena buang keje..klu minat berniaga buat lah sambilan part time..sambil tuu penuh kan ilmu berniaga ni . Jumpa ramai orang , buat kawan, tolong orang, timba pengalaman. Kita perg berniaga ni mcm nak pergi Perang...kena banyak ilmu. jangan percaya kesenangan datang bergolek..tuu semua tipu. adik pergi cari satu buku tulisan Cikgu Lee tajuk dia "JUTAWAN SENYAP" timba sikit ilmu dari buku tuu yea.." OK bang terima kasih banyak-banyak...susah nak dapat ilmu mcm ni.

setelah selesai berniaga sedang aku berkemas pulang, mamat ni datang balik..." bang buku ni ke?" sambil menunjuk kan pd aku sebuah buku.." haa yelah buku ni..mana ko dapat? " saya cari tadi..dah baca 2 bab...seronok bang baca buku ni.....terima kasih bang. Nanti jumpa lagii...ok. " lega aku tengok semangat dia...semoga berjaya ......

kata-kata ini aku petik dari sebuah buku: RAMAI ORANG MELAYU MAKAN GAJI TAPI RAMAI YANG BUKAN MELAYU KERJA BAYAR GAJI..renungkan lah....

sekian..jika ada komen tak puas hati leh klik untuk komen...

No comments:

Post a Comment