Friday, March 12, 2010

Berniaga tiru orang..tapi tak boleh di tiru...takder konsep.

hari ni hari yg agak penat bagi aku....setelah selesai berniaga siang hari...aku tak larat nak meniaga malam, rasa rugi jugak! tapi badan aku tak mengizinkan..terasa sakit semua nyer, mungkin sebab kurang rehat. Bulan ni pun perniagaan aku agak lembab sebab jarak gaji kerajaan dan swasta agak jauh..yerlah dah gaji dapat awal masa raya cina. so kebanyakkan customer banyak yang window shoping jer. tapi ada lah sikit aku dapat..biar ada jangan tak ada masyuk langsung. aku banyak menghabiskan masa dengan mengemas barang-2 stock dan buat study sikit tentang market apa sekarang di pasaran yang tengah laris. dan buat pilihan stock baru untuk dijual. hahahah jgn ingat peniaga jalanan mcm aku ni tak fikir tu semua....kena fikir jugak. Orang puteh cakap "Marketing strategy" . Bukan leh langgar jer nak jual apa-apa. banyak juga peniaga yang aku tengok tak endah kan benda ni, main langgar jer..orang jual sticker dia nak jual jugak, jual jambu pun jual jugak..orang sebelah jual tudung pun dia nak jual juga! dah jadi macam mydin. tak salah..nak jual apa-apa pun, janji halal..tapi dari gerai jual kerosang boleh jual sticker..jual air.ermm.....pelik kan. ikut trend market kata dia...tapi bila orang jual barang dia..masam muka pulak. macam mana tu? lepas tu takde knowledge pasal barang, main jual jerr...bagi akulah..bila kita nak berniaga kita kena ada konsep. barang apa kita nak jual, lepas tu kita study marketing strategy...target market, orang mcm mana yang akan beli, kuasa membeli, harga yg nak di tetapkan. baru boleh menambah kan hasil jualan. bila orang tanya kita boleh jawab. dan kita tak termenung lebih bila pergi berniaga. ini semua tu tak diambil kisah. bila barang tak boleh di jual..marah pada customer atau salah kan nasib, tak boleh macam tuuu beb.fikir kan lah. kalau ada peniaga jalanan macam aku kat luar tu terasa, maaf lah, tapi korang renung kan lah..bak kata pepatah. Nak pergi bertempur bawak keris, nak pegi berkebun bawak cangkul, ok aku chow dulu. esok ada pameran ceramik aku nak sertai..dapat tapak free. syukur pada allah. mudah-mudahan murah rezeki yea.. bye...

sedikit tips aku BPJ
-kaji konsep perniagaan anda
-kaji barangan yg mahu di jual
-kaji sasaran pembeli.
-kaji tempat perniagaan anda sesuai dgn POKET masyarakat sekeliling.
-ambik stock cukup untuk jualan dan cover modal.
-buat kiraan harga untung dan rugi untuk tetap kan harga barang.
-kalau boleh tetap kan konsep anda agar customer lebih mudah ingat pada anda..sampai bila-bila.
-jangan terlalu banyak campur kan konsep barang lain..takut hilang kan mood customer yang pening tgk barang.

pergi lah berniaga dgn ikhlas jujur dan niat untuk mencari nafkah..mudah-mudahan murah rezeki...selamat berjaya

contoh gerai yang menitik beratkan 1 konsep pasti ramai pengunjung dan gerai lebih nampak menarik dan tersusun.



gambar ehsan dari google

2 comments:

  1. aku setuju dengan ko bro.. sifat nak tiru berniaga ni kena buang.. ko tengok laa skang bila trend org jual jambu semua nak pulun.Jual tudung semua ikut burger oblong semua nak ikut.. heh.

    Tapi aku respek dgn ko.. ko tak sama macam peniaga lagi.. ko ni the new breed of peniaga yang intelektual ada brain. Tu pasal ada marketing strategy semua..

    Salute sama luuu bro.. insyallah aku pun akan mula nanti.. kecil kecilan pun jadi laa hehe

    ReplyDelete
  2. hai rizal..thanks 4 ur support..mmg masaalah ni dah lama...tp mcm mana dah jadi trend sekarang..but aku dgn cara aku jer...

    ada sesapa yg nak counter apa aku tulis silakan

    ReplyDelete