Wednesday, July 14, 2010

Di gertak Gengster Kampung.......


Assalamulaikum...apa khabar pada yg mengikuti blog aku yg tak seberapa ni...dan tak ramai pengikut...tapi takper..aku menulis bukan untuk publisiti cuma untuk berkongsi pengalaman hidup dalam perniagaan, harap korang pun kongsi sama.

hahaaa..mesti korang teruja dgn topik kali ni kan? hahaha aku nak citer pun lawak, Gengster kampung....sama macam dalam citer bujang lapok. cuter dia macam ni..aku dgn kawan aku pergilah ke 1 tapak meniaga baru yg tgh hot sekarang ni atas pelawaan rakan niaga aku yg ada khemah kosong untuk di sewa harian. 1 hari RM 50. ok lah..aku ambik 2 hari untuk 2 khemah. sama macam kawan aku. so kami duk bersebelahan, nampak gerai kami besar dan selesa. Dari awal aku susun barang aku dapat rasa ada mata-mata liar yg merah tgk khemah kami. biasa org baru masuk...khemah besar pulak..ada lah yg iri hati. PHD melayu biasa lah tu. Aku buat bodo jer..meniaga seperti biasa sebab aku rasa tak salah. aku bayar tapak bukan main redah jew.

Hari ke2 tiba-tiba aku didatangi oleh seorang boleh aku panggil BUDAK Mentah lah...dgn takder salam..terus sound aku " Bang khemah ni abg punya ker? " Bukan..penganjur yg punya" jwb aku selamba...Abang dah bayar ker sewa khemah ni? Dah..bayar..jwb aku lagi. " kat sapa abg bayar? saya tak terima pun? " abg bayar kat owner khemah lah dik..dia tak dapat datang so abg ganti tempat dia. " Tak boleh camni bang kena bayar kat ogernizer jugak." khemah kami ni! " " camner lak nak bayar kat awak..owner dah bayar sewa RM 500 sebulan... dia tak dapat dtg so abg ganti..abg bayar kat dia lah..sbb ni tapak dia. Kalau abg bayar kat adik Rugi lah owner khemah ni..betul tak? jwb aku tegas.." tak boleh camtu...kena bayar kat kami jugak..kalau tak abg kena tutup ni...! APA? TUTUP? ok ko panggil kepala ko skrg jugak...aku bukan sebulan dua berniaga ..tapi dah 4 tahun tak pernah pulak aku dgr undang2 mcm ni..danau kota pun tak macam ni..apa lagi tapak ko ni? Ko panggil sekarang jugak..aku boleh tutup tapi nak jumpa sapa kepala ko kat sini....." aku mula angin satu badan..ni lah gengster melayu kampung...ingat aku ni adik2 dia ker?

datang lah sorang lagi ker khemah aku. tanya aku sapa. lepas 10 min.." sorry bang, abg leh niaga..tapi lain kali kena sewa dgn kami jer..dgn owner tak boleh. " aik kenpa lak tak leh..mcm tu untung giler lah korang, dah kutip dgn owner..dgn rambo mcm aku nak kutip lagi? kata nak tolong peniaga melayu? ni melingkup peniaga ..dah lah yuran pendaftaran smpi RM 2k. aku cuma nak cover owner kedai sbb tak dapat datang. " sergah aku balik tak puas hati...dan di balas dgn senyap sunyi...peniaga lain hanya melihat saja. lepas dah settle semua..baru 2-3 peniaga dtg bertanya kenapa...ermm aku jawab..gurau adik beradik jer...

Sekarang ni aku dgr dah kecoh kat tapak meniaga tu..sebab organizer banyak songel...semua tak boleh, nak meniaga tapi rasa mcm duk kat high school lagik. cara bercakap dgn peniga pun kurang ajar. Banyak undang2 yg menindas. dan aku dapat tahu peniaga kat sana nak mogok lepas raya. tinggal kan tapak tu...Bagi aku penganjur2 downtown atau mana2 karnival ni kena jaga peniaga2 seperti kami ni. sbb kami ni customer kamu. kalau tiada peniaga apa jadi dgn tapak tu.. so ingat jgn ingat kami ni peniaga BODO...ikut saja kata penganjur cekik darah.

ni lah melayu lancau melayu.....

bagi peniaga2 kat luar sana...ni lah antara masaalah yg akan di lalui.. jgn takut atau gentar..kita ada hak.. dan diorang perlu kan kita...

1 comment:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey toto 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya kunjungi situs/website  ☎ KLIK DISINI RITUAL PESUGIHAN DUNIA GHAIB


    ReplyDelete