Thursday, June 17, 2010

Penganjur Oh karnival ! WTF !!!!

musim cuti sekolah ni memang banyak peluang berniaga, di mana-mana saja ada karnival rakyat di adakan. kat tepi pantai, atas bukit, mana - mana sajalah. Memang tak di nafikan kemunculan karnival atau pesta mcm ni menarik ramai pengunjung dan peniaga kecil-kecilan atau syarikat2 besar. bukan aku nak kondem lah tapi ini kenyataan. semenjak aku meniaga ni cuma beberapa karnival jer aku turut serta. Bukan nyer tak nak tapi pengalaman pahit di karnival mengajar aku.

Bila ada karnival berebut peniaga nak sertai walaupun kadang2 coz sewa nyer terlalu mahal. Sebab nak cari rezeki. Penganjur pun ambik peluang nak anjurkan mcm2 pesta. Tapi kadang2 ada di antara penganjur ni yg kaki kencheng. Karnival pertama aku di salah sebuah Felda di perak sempena hari bersama penduduk felda. Si penganjur ni janji mcm2, artis lah. pertunjukan bunga api lah, pameran motor lah. Last2 semua nyer takder. nasib baik penduduk kat situ sporting juga sbb byk membeli belah. kali kedua aku sertai karnival ni aku terkena teruk!!! di Golf Kinrara. Kunun byk acara, khemah dah penuh! ada artis, karoke...last last karoke jer yg ada. peniaga pun 3-4 kerat jer...banner pun hari karnival baru nak pasang! WTF..!!! memang takder org langsung. bila nak mintak duit sewa tapak mcm alasan di beri. MELAYU tuuu ..
Baru-baru ni member aku terkena jugak di salah satu karnival besar di tg karang. Khemah takder...lambat pasang, acara haram semua cancel. kunun masa nak ambik duit sewa mcm2 acara ..belon panas lah , bunga api lah MB dtg nak rasmi lah...cet semua takder.

So apa sebenar nyer aku nak bagitahu untuk para peniaga dan usahawan di sana yg teringgin nak masuk karnival-2 ni. selidik dulu apa yg di janji kan tu ader ker. penganjur ni ada duit ker? jgn kasi full payment bila register! kalau acara semua takder takyah bayar yg baki nyer. blah jer.. apa diorang ingat kita cap duit ker ! Penganjur-2 ni pun satu kami ni peniaga nak dtg cari rezeki, bayar sewa ribu-riban..tapi semua takder. Baru2 ni di putrajaya... ader ker Lampu hari ke 2 baru nak pasang..buat malu jer..kata karnival besar PM rasmi...pun sama jugak.
Jangan lah aniaya kami sebagai peniaga kecil ni...jgn sampai buku bertemu dgn ruas..baru tahu...

Sekarang ni tmpat yg aku berniaga pun penganjur buat bodo jer...takder promosi, khemah rosak, koyak, lambat pasang khemah...biokrasi. tahu nak duit sewa jer..tak fikir cara mcm mana nak maju lagi...dah ada saingan pun buat bodo jer..mmg di lahir kan bodo kut. bebal. Kalau korang buat camni sampai bila2 lah bangsa kita ni tak maju.....tgk bangsa lain buat. aku pernah ikut sekali depa buat karnival kat ceruk ulu sempena perasmian rumah baru. tapi respek dgn kemudahan, khemah, promosi. banner, acara-2 yg di janji kan semua ada. dan cara dia menyusun acara pun bagus supaya pengunjung tak balik awal. so tak puas hati dgn komen aku? sila beri komen korang klu nak bela penganjur karnival mcm diorang ni.


klu berjalan mengundur kebelakang camni lah jadi nyer....chiow dulu dah angin kang aku mencarut pulak....

gambar sekadar hiasan.
klu karnival mcm ni baru seronok....

3 comments:

  1. silah beri komen ker pengalaman korang ker supaya penganjur mcm ni tak dpt cari makan.

    ReplyDelete
  2. ermm banyak dah pengalaman ko berniaga sana sini.. dah macam ada instinct boleh hidu. Penganjur ni dah laa sebangsa amik kesempatan jer. lepas tu tindas bangsa sendiri.. macam mana kita nak maju..

    Bro esok ada karnival usahawan desa.. aku nk gi tengok2 apa yang menarik kat sana..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel/lottrey toto 4D dr hasil ritual/ghaib melalui jarak jauh dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya kunjungi situs/website  ☎ KLIK DISINI RITUAL PESUGIHAN DUNIA GHAIB


    ReplyDelete